KUALA LUMPUR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menyampaikan Perutusan Khas mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pukul 6 petang ini.
Perutusan tersebut akan disiarkan secara langsung di laman Facebook Perdana Menteri dan saluran televisyen termasuk di saluran 501 Astro AWANI dan di semua platform media sosial Astro AWANI.
Pada 8 Januari lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman oleh perdana menteri itu adalah bagi memaklumkan tindakan yang bakal diambil Kerajaan Persekutuan susulan situasi semasa penularan jangkitan COVID-19.
"Insya-Allah satu pengumuman akan dibuat oleh perdana menteri dalam masa terdekat bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan.
“Sementara itu, saya ingin ingatkan seluruh rakyat dan diri sendiri untuk terus mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang media tersebut.
Pemerhati menjangkakan perdana menteri akan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, khusus bagi negeri yang dikategorikan sebagai zon merah seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, dan Johor.
Untuk rekod, jangkitan baharu harian COVID-19 pada 10 Januari ialah sebanyak 2,433 kes, dengan kes harian tertinggi dicatatkan sepanjang masa sejak PKP dilaksanakan ialah pada 7 Januari lepas, iaitu sebanyak 3,027 kes.
Jumlah kematian yang tercatat ialah sebanyak 551 kes, bersamaan dengan 0.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 iaitu sebanyak 135,992 kes.
BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 27,332 kes.
Bagaimanapun, kadar sembuh sepenuhnya terus menunjukkan angka yang meyakinkan iaitu sekitar 75 hingga 85 peratus dengan jumlah terkini sembuh sepenuhnya ialah 108,109 kes (79.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menzahirkan kebimbangan ekoran peningkatan mendadak kes COVID-19 yang dikhuatiri memberi tekanan lebih berat terhadap sistem penjagaan kesihatan negara ini.
Dalam catatan di akaun Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata beliau mengharapkan agar masyarakat dan semua pihak untuk membantu para petugas barisan hadapan, khususnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam usaha meminimakan kesan gelombang ketiga pandemik itu.
“Bukan mudah untuk petugas menguruskan jenazah pesakit COVID-19. Mereka terpaksa memakai PPE lengkap dengan bermandi peluh dalam keadaan panas terik sehingga liang lahad dan sehingga selesai segala urusan pengebumian kes COVID-19.
“Semoga kita semua memahami cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh setiap petugas barisan hadapan.
"Marilah bantu negara dengan kita jaga kita, kita jaga keluarga kita.
"Semoga kita semua terlindung daripada musibah COVID-19,” katanya lagi.
Pada 7 Januari lepas, Dr Noor Hisham melalui ciapan di Twitternya berkata KKM menganggarkan jumlah kes harian COVID-19 boleh mencecah 8,000 pada pertengahan Mac jika kadar jangkitan (R0 atau R naught) kekal pada 1.2.
Beliau berkata menurut unjuran kementerian, dengan R0 1.2, Malaysia akan merekodkan 5,000 kes harian pada minggu ketiga Februari dan 8,000 pada minggu ketiga Mac.
Ujarnya lagi, R0 semasa adalah di antara 1.1 dan 1.2, namun beliau menjangkakan jumlah kes akan meningkat dalam satu atau dua minggu selepas perayaan tahun baharu.
Susulan kenyataan itu, Menteri Kanan Ismail Sabri memaklumkan jumlah katil bagi menempatkan pesakit COVID-19 tidak akan mencukupi sekiranya kes harian mencecah 5,000 atau 8,000, dan amat sukar untuk kerajaan mengatasi masalah berkenaan.
Untuk rekod, PKP pertama kali diumumkan oleh perdana menteri pada 16 Mac tahun lepas dan diwartakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Pelaksanaan PKP bermula 18 Mac hingga 4 Mei itu menyaksikan hampir kesemua sektor dan industri penting negara ditutup, dan negara kehilangan hampir RM22.8 bilion dari segi output ekonomi pada suku pertama 2020.
Selain itu, statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 28 Oktober lalu mencatatkan seramai 90,470 orang hilang pekerjaan.
Kerajaan membuat keputusan melonggarkan PKP, dan menggantikannya dengan PKP Bersyarat (PKBB) pada 4 Mei 2020 dan seterusnya PKP fasa Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020.
Bagaimanapun, susulan penularan mendadak kes COVID-19 dalam komuniti tempatan yang didakwa sesetengah pihak berpunca daripada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri Sabah pada September lepas, PKP dilihat kembali menjadi pertimbangan utama Kerajaan Persekutuan.
*Tonton pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Saluran 501, www.astroawani.com/live-tv dan semua platform media sosial Astro AWANI jam 6 petang Isnin.
*Astro AWANI akan membawa analisis komprehensif dan terkini berhubung pelaksanaan PKP dari semasa ke semasa.
Firdaus Azil, Hasimi Muhamad
Mon Jan 11 2021
![COVID-19: PKP atau tak? Tunggu Perutusan Khas Perdana Menteri jam 6 petang ini COVID-19: PKP atau tak? Tunggu Perutusan Khas Perdana Menteri jam 6 petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610352384_PerutusanKhas.jpg)
Perdana Menteri dijangka mengumumkan PKP 2.0, khusus bagi negeri yang dikategorikan sebagai zon merah, petang ini. -Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720325589_PRKSungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.
![Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720162604_pegawai.jpg)
Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan seorang pegawai SPRM dan Datuk Roy untuk mengkaji semula pertuduhan rasuah.
![Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja sertai pasukan pembelaan Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja sertai pasukan pembelaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720092168_MuhyiddinYassin.jpg)
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja sertai pasukan pembelaan
Muhyiddin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King's Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya.
![Mahkamah benar Muhyiddin dapat sementara pasport hadir graduasi cucu di London Mahkamah benar Muhyiddin dapat sementara pasport hadir graduasi cucu di London](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719981174_MuhyiddinYassin.jpg)
Mahkamah benar Muhyiddin dapat sementara pasport hadir graduasi cucu di London
Mahkamah membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara, bagi menghadiri majlis graduasi cucunya di London.
![Utamakan soal negara dan rakyat: Anwar, Muhyiddin hentikan pertikaian peribadi, kes saman fitnah Utamakan soal negara dan rakyat: Anwar, Muhyiddin hentikan pertikaian peribadi, kes saman fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690540044_TBAnwarIbrahim.jpg)
Utamakan soal negara dan rakyat: Anwar, Muhyiddin hentikan pertikaian peribadi, kes saman fitnah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju menghentikan pertikaian peribadi dan prosiding kes saman fitnah.
![Penyasaran subsidi diesel: 'Adakah rakyat biasa tidak terjejas?' - Muhyiddin Penyasaran subsidi diesel: 'Adakah rakyat biasa tidak terjejas?' - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718256733_diesel.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: 'Adakah rakyat biasa tidak terjejas?' - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasionalisasi penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan.
![Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702386449_TBTawfikYaakub.jpg)
Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis
Katanya, Bersatu sepatutnya berani dan tidak terikut-ikut dengan tindakan parti-parti lain yang tidak mempertandingkan jawatan tertinggi.
![Enam Ahli Parlimen, dua ADUN Bersatu diberi notis dalam masa terdekat Enam Ahli Parlimen, dua ADUN Bersatu diberi notis dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718141779_MuhyiddinYassin.jpg)
Enam Ahli Parlimen, dua ADUN Bersatu diberi notis dalam masa terdekat
Bersatu akan hantar notis kepada enam Ahli Parlimen dan dua ADUN berhubung status keahlian serta kedudukan kerusi mereka ketika ini.
![Subsidi diesel: 'Sedih di hati bukan kepalang fikir kesan ke atas rakyat' - Muhyiddin Subsidi diesel: 'Sedih di hati bukan kepalang fikir kesan ke atas rakyat' - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692948903_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Subsidi diesel: 'Sedih di hati bukan kepalang fikir kesan ke atas rakyat' - Muhyiddin
Kenaikan harga diesel sebanyak RM1.20 atau 56% berbanding sebelumnya adalah amat tinggi dan tindakan itu seolah-olah tidak mengendahkan nasib rakyat
![25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin 25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665420994_TBMUHYIDDINPOLITIK.jpg)
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.