KUALA LUMPUR:Lima kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini membabitkan Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Johor dan Kelantan.

Berikut adalah perincian kluster-kluster terbabit.

1. Kluster Tapak Bina Jalan Gadang

Melibatkan daerah Lembah Pantai dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sejumlah 375 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19.

2. Kluster Menara Sri

Melibatkan daerah Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Kerian di Perak. Sejumlah 51 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif.

3. Kluster Bukit Pasir

Melibatkan daerah Muar di Johor. Sejumlah 14 individu telah disaring, di mana sembilan kes telah dikesan positif.

4. Kluster Pintu Geng

Melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan. Sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif.

5. Kluster Putra 15

Melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sejumlah 31 individu telah disaring, di mana lapan kes telah dikesan positif.

COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 28 Dis 2020