LABUAN:Seramai 95 penumpang pesawat AirAsia AK5172 Kuala Lumpur-Labuan pada 6 Oktober lalu diminta untuk menjalani saringan COVID-19 selepas seorang penumpang diuji positif jangkitan virus itu, Ahad lalu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata tidak ada seorang pun penumpang penerbangan jam 7.20 pagi itu yang tidak perlu menjalani ujian saringan.
Dr Ismuni turut menggesa semua tetamu sebuah majlis perkahwinan di Dewan Konvensyen Financial Park Labuan (FPL) pada 3 Okt lalu yang masih belum menjalani saringan supaya berbuat demikian kerana seorang daripada jemputan itu telah diuji positif jangkitan virus itu.
Lebih 200 orang yang menghadiri majlis perkahwinan itu telah menjalani ujian di Klinik Kesihatan Membedai tetapi masih belum memperoleh keputusan ujian tersebut.
Labuan kini mempunyai dua kluster iaitu Bah Bangat (bermula 8 Okt) dengan sembilan pesakit termasuk seorang pelajar sekolah menengah serta Bah Bundle dengan lima pesakit masih dipantau di pusat pengasingan Hospital Labuan.
Dr Ismuni berkata sebanyak 13,462 sampel telah diambil setakat Isnin lalu daripada orang ramai yang pulang dari Sabah sejak 26 Sept dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,680 keputusan saringan telah dikeluarkan manakala 3,776 lagi masih menunggu keputusan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 13 2020
Seorang penumpang diuji positif jangkitan virus itu, Ahad lalu. -Gambar fail
Guna teknologi AI dalam industri pembinaan - Ahmad Maslan
Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Tumpuan Khamis – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
UNRWA lapor 450,000 penduduk Rafah tinggalkan kediaman susulan serangan bom berterusan Israel
"Tiada tempat yang selamat. Gencatan senjata segera adalah satu-satunya harapan."
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
COVID-19: Penumpang AirAsia KL-Labuan diminta buat saringan
Seramai 95 penumpang pesawat AirAsia AK5172 Kuala Lumpur-Labuan pada 6 Okt lalu diminta untuk menjalani saringan COVID-19 selepas seorang penumpang diuji positif jangkitan virus itu, Ahad lalu.