KOTA BHARU:Mereka yang tiba di Kelantan dari Sabah perlu menjalani ujian calitan COVID-19 kali kedua selepas lima hari menjalani kuarantin wajib, kata Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan Jefny Muhammad.
Katanya ujian itu diwajibkan ke atas semua sekalipun ujian saringan kali pertama yang dilakukan tiga hari sebelum mereka berlepas dari Sabah menunjukkan keputusan negatif.
"Sebaik tiba di lapangan terbang, mereka akan dibawa ke pusat kuarantin yang ditelah diwartakan untuk menjalani ujian swab dan juga bagi menjalani kuarantin wajib selama lima hari.
"Setakat ini kita mempunyai dua tempat kuarantin yang telah diwartakan iaitu di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Pengkalan Chepa dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas selain di Hotel H Elite bagi mereka yang berkemampuan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MKN di Pejabat Cawangan Kawalan Penyakit, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Jefny berkata bermula esok, seramai 121 pengembara dari Sabah termasuk penjawat awam, guru, polis dan sebagainya akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa.
Untuk itu katanya dua buah bas disediakan bagi membawa individu terbabit ke pusat kuarantin.
"Bagi mereka yang datang atas tujuan rasmi seperti mesyuarat, mereka juga akan dinilai oleh Jabatan Kesihatan Negeri yang akan bertugas di LTSIP dan melalui penilaian ini kemungkinan mereka dipakaikan gelang hijau sahaja bagi membolehkan mereka hadir di tempat yang perlu sahaja," katanya.
Beliau menjelaskan langkah itu diambil bagi menjaga kemaslahatan masyarakat tempatan berikutan Sabah antara negeri yang merekodkan kes jangkitan COVID-19 tertinggi di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 27 2020
Ujian diwajibkan ke atas semua sekalipun ujian saringan kali pertama yang dilakukan tiga hari sebelum mereka berlepas dari Sabah menunjukkan keputusan negatif. -Astro AWANI/Gambar fail
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN
Mulai 1 Dis ini sesiapa sahaja yang menggunakan laluan haram Sungai Golok-Rantau Panjang untuk melintasi sempadan negara akan ditahan.
Jepun adakan mesyuarat Majlis Keselamatan berikutan pelancaran peluru berpandu Korea Utara
Shigeru Ishiba mengumumkan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara berikutan pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara.
Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala
Malaysia dan Korea Selatan mengadakan Mesyuarat Rundingan Dua Hala ke-9 Korea-Malaysia di Putrajaya pada Rabu (26 Jun), menurut Kedutaan Korea Selatan di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Cuaca panas di Kedah boleh cecah 40 darjah Celsius hari ini
Daerah yang dikesan dilanda titik panas adalah Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star dan Langkawi.
MKN pantau ancaman keganasan termasuk di media sosial
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa memantau secara menyeluruh ancaman keganasan di pelbagai medium termasuk di media sosial.
2,580 aset KKR siap sedia hadapi impak perubahan monsun
Sebanyak 2,580 aset KKR dan agensinya, JKR dan LLM telah dipersiapkan bagi menghadapi impak peralihan Monsun Barat Daya kepada fasa Monsun Timur Laut (MTL).
Nushirwan dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu
Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara berkuat kuasa hari ini, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
MKN pergiat program CBSM di Kedah atasi ancaman keselamatan negara
MKN Kedah akan mempergiat Program CBSM di negeri ini bagi menggalakkan penglibatan orang ramai dalam menyalurkan sebarang bentuk maklumat berkaitan ancaman kepada keselamatan negara.
Kerajaan peruntuk RM59.7 juta pembelian, penambahbaikan aset APM
Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, peruntukan itu disalurkan secara berfasa bagi tempoh hingga Julai tahun depan.
Lelaki ditahan kali kedua cuba seludup vape bernilai RM150,000
Seorang lelaki ditahan kali kedua atas kesalahan menyeludup cecair vape bernilai RM150,000 ke negara jiran dalam Op Bersepadu kira-kira pukul 5 petang semalam.