KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 lokaliti sekitar Kuala Lumpur dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini.
Berbeza dengan Selangor, penguatkuasaan di kawasan PKPD sekitar Kuala Lumpur akan menggunakan pemasangan kawat duri dan penghadang jalan.
Ini kerana kawasan yang dikenakan PKPD di Kuala Lumpur adalah lebih kecil berbanding di Selangor yang mempunyai kawasan kawalan yang besar di tempat-tempat yang dilaksanakan PKPD.
Tinjauan Astro AWANI di sekitar lokaliti yang dikenakan PKPD di Kuala Lumpur mendapati orang ramai masih lagi samar-samar mengenai prosedur operasi standard (SOP).
Pasukan penguat kuasa yang ditemui memaklumkan, pelaksanaan SOP PKPD di Kuala Lumpur masih belum diperhalusi dan setakat ini pelaksanaannya sama seperti PKPD di kawasan-kawasan lain sebelum ini di mana penduduk tidak dibenarkan keluar.
Orang ramai di lokasi PKPD mendakwa keliru apabila SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula menetapkan sebaliknya apabila membenarkan seorang wakil keluar membeli barang keperluan dalam radius 10 kilometer.
Malah, mereka turut memberitahu hanya mengetahui mengenai pelaksanaan PKPD di kawasan diduduki mereka menerusi media, tempoh hari.
Tinjauan seawal jam 7 pagi di pangsapuri sekitar Seksyen 2, Wangsa Maju mendapati tidak banyak pergerakan orang ramai di situ.
Namun situasi sedikit berbeza di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru, Air Panas apabila orang ramai dilihat keluar dari rumah untuk membeli sarapan.
Daripada lapan blok di PPR Kampung Baru itu, hanya blok kediaman C dikenakan PKPD ekoran peningkatan kes secara mendadak sejak kebelakangan ini.
Laluan tangga di blok tersebut ditutup dengan pagar besi selain empat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditempatkan untuk mengawal pergerakan keluar masuk.
Bangunan bertingkat 17 itu difahamkan diduduki lebih 1,000 penduduk.
Bantuan makanan disalurkan kepada setiap rumah mengikut jadual yang ditetapkan.
Bagi pematuhan yang lebih teratur, dua buah khemah akan dipasang pasukan penguat kuasa di hadapan blok kediaman itu.
Lokaliti di Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD adalah membabitkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, PPR Batu Muda, Flat Seksyen 2 Wangsa Maju, Flat Seksyen 1 Wangsa Maju, Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa 1 dan 2), Flat Sri Sabah, Kampung Puah, PPR Kampung Baru Air Panas, Flat Desa Pandan (termasuk Baiduri & Delima), Kampung Batu Muda, PPR Kerinci, Bandar Baru Sentul dan Jalan Ikan Emas.
Umavathi Ramayah
Sat Jul 03 2021
Laluan tangga di blok C, PPR Kampung Baru, Air Panas ditutup dengan pagar besi selain empat anggota ATM dan PDRM ditempatkan untuk mengawal pergerakan keluar masuk. -PDRM
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala
Malaysia dan Korea Selatan mengadakan Mesyuarat Rundingan Dua Hala ke-9 Korea-Malaysia di Putrajaya pada Rabu (26 Jun), menurut Kedutaan Korea Selatan di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Cuaca panas di Kedah boleh cecah 40 darjah Celsius hari ini
Daerah yang dikesan dilanda titik panas adalah Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star dan Langkawi.
MKN pantau ancaman keganasan termasuk di media sosial
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa memantau secara menyeluruh ancaman keganasan di pelbagai medium termasuk di media sosial.
2,580 aset KKR siap sedia hadapi impak perubahan monsun
Sebanyak 2,580 aset KKR dan agensinya, JKR dan LLM telah dipersiapkan bagi menghadapi impak peralihan Monsun Barat Daya kepada fasa Monsun Timur Laut (MTL).
Nushirwan dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu
Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara berkuat kuasa hari ini, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
MKN pergiat program CBSM di Kedah atasi ancaman keselamatan negara
MKN Kedah akan mempergiat Program CBSM di negeri ini bagi menggalakkan penglibatan orang ramai dalam menyalurkan sebarang bentuk maklumat berkaitan ancaman kepada keselamatan negara.
Kerajaan peruntuk RM59.7 juta pembelian, penambahbaikan aset APM
Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, peruntukan itu disalurkan secara berfasa bagi tempoh hingga Julai tahun depan.
Lelaki ditahan kali kedua cuba seludup vape bernilai RM150,000
Seorang lelaki ditahan kali kedua atas kesalahan menyeludup cecair vape bernilai RM150,000 ke negara jiran dalam Op Bersepadu kira-kira pukul 5 petang semalam.
Libatkan Menteri Luar dalam MKN secara tetap - Howard
Dasar dan hubungan dengan negara lain mempunyai kesan langsung terhadap keselamatan negara.
Cadangan MKN untuk melanjutkan khidmat NTF tidak diteruskan - Saifuddin
Keputusan itu dibuat berdasarkan data yang menunjukkan situasi COVID-19 di negara semakin terkawal