KOTA KINABALU: Pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sabah mencetuskan satu daripada dua kluster baharu yang direkodkan di Sabah hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun, yang merupakan jurucakap kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, berkata kes indeks terbabit dikesan positif wabak itu pada 30 Mac melalui saringan bergejala, sekali gus menjadi punca Kluster Batu Lima, Jalan Sibuga, Sandakan.
"Kluster baharu berkenaan menokok satu kes pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak lapan kes. Jangkitan dipercayai menular dalam kalangan pelajar di kelas dan bilik asrama sama.
"Susulan kes itu, 91 pelajar dengan 39 kakitangan institusi berkenaan serta 13 petugas dewan makan telah disaring dan mendapati tujuh orang disahkan positif COVID-19," katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Beliau berkata satu lagi kluster baharu direkodkan di Sandakan ialah Kluster Sim-Sim yang mempunyai jumlah kumulatif 15 kes setelah mencatat penambahan 14 kes.
BACA: PKPD di empat lokaliti di Sabah bermula esok hingga 23 April
Masidi berkata kes indeks dikesan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di sebuah klinik pada 4 April selepas dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi di Flat Sim Sim pada 3 April.
"Daripada 20 ahli keluarga terdekat yang disaring, 14 orang disahkan positif COVID-19," katanya.
Sementara itu, Masidi berkata Sabah merekodkan 139 kes positif baharu COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu sebanyak 55,539 kes, manakala pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital seramai 52 orang, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah 54,411.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 09 2021

Masidi berkata kes indeks dikesan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di sebuah klinik pada 4 April selepas dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi pada 3 April. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.

Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.

ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun
Sebanyak 27,344 ekor babi di Pulau Pinang dilupuskan sejak penularan penyakit demam babi Afrika (ASF), iaitu dari awal tahun hingga semalam, dalam usaha membendung penularan penyakit itu.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.

COVID-19: Kes masih terkawal, tidak perlu hingga tutup pintu sempadan - Dr Zaliha
Kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan pendekatan tertentu di pintu masuk negara bagi mengekang penularan wabak itu.

Keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia hampir lima juta
Data KKM pada Sabtu turut menunjukkan kesemua kes baharu yang direkodkan itu melibatkan penularan tempatan.

COVID-19: 1,138 kes baharu, 8 kematian dicatat
16,521 kes aktif direkodkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 15,413 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 809 kes baharu, enam kematian dicatat
17,972 kes aktif direkodkan pada Isnin dan daripada jumlah itu 16,772 kes atau 93.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 1,502 kes baharu, tiga kematian dicatat
22,505 kes aktif dicatatkan pada Ahad dan daripada jumlah itu 20,889 kes sedang menjalani kuarantin di rumah.