KUALA LUMPUR: Seperti yang dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), COVID-19 berkemungkinan besar menjadi endemik, justeru pendekatan berbeza diperlukan untuk menanganinya, kata Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.
Beliau berkata hal ini diperlukan sekalipun negara berjaya menurunkan bilangan kes harian serta mencapai imuniti kelompok.
BACA: Fahami perbezaan epidemik, endemik dan pandemik
"Seperti denggi, kita terus mengambil langkah pencegahan dari segi kebersihan diri. Mungkin kita perlu meneruskan amalan pemakaian pelitup muka di tempat sesak dan amalan ini agak meluas di banyak negara di Asia Timur seperti Jepun dan China," katanya dalam program Mid-Day Update yang disiarkan Bernama TV hari ini.
Dr Jemilah berkata suntikan vaksin bermusim juga mungkin diperlukan untuk mengawal COVID-19 seperti yang dilakukan di Eropah bagi mengekang flu atau demam selesema bermusim.
Mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau berkata pelan itu mengetengahkan petunjuk dan sasaran yang perlu dicapai oleh Malaysia untuk mengawal pandemik tersebut.
Beliau berkata PPN merupakan pelan hala tuju negara untuk keluar daripada krisis kesihatan akibat pandemik COVID-19.
"Setiap pelan pemulihan bergantung pada beberapa faktor. (Dalam kes ini) pemacu utama ialah petunjuk kesihatan awam, kapasiti sistem kesihatan untuk menampung serta kadar vaksinasi kita kerana kita tidak boleh berterusan berada di bawah sekatan pergerakan penuh sedangkan ekonomi perlu dihidupkan semula dan berkembang," katanya.
Sehubungan itu, Dr Jemilah berkata Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan amat penting kepada kejayaan PPN kerana kedua-duanya bergerak seiring bagi mencapai imuniti kelompok menerusi pemvaksinan ke atas 70 hingga 80 peratus penduduk negara.
Pada 15 Jun lepas, Muhyiddin mengumumkkan PPN, satu strategi untuk mengeluarkan negara daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik COVID-19 menerusi empat fasa.
Dr Jemilah juga bersetuju dengan pandangan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin bahawa WHO patut meminta semua negara mengiktiraf semua jenis vaksin COVID-19 yang disenaraikan oleh pertubuhan itu.
"Jika WHO telah iktiraf, maka ia harus diiktiraf oleh semua negara lain di dunia ini. Kita tidak boleh terperangkap dalam geopolitik vaksin, kita perlu pastikan semua orang dilindungi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021

Dr Jemilah berkata suntikan vaksin bermusim juga mungkin diperlukan untuk mengawal COVID-19 seperti yang dilakukan di Eropah bagi mengekang flu atau demam selesema bermusim. - Gambar fail

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.