PUTRAJAYA:Malaysia mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 12 kes baharu pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 263 kes. 

Berikut lima perkara penting dalam sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa (3 November 2020):

1. 1,054 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 34,393 kes.

2. 12 kes kematian baharu dilaporkan.

3. KKM mengesan dua lagi kluster baharu iaitu Kluster Cergas dan Kluster Permatang.

4. 94 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 32 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

5. Kes kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia sebanyak 10,135.

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)