KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan sejumlah 20,837 lagi kes harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus menjadikan angka keseluruhan kes positif kepada 1,593,602 kes. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 4,645 kes.

Ini diikuti Sabah (3,376), Pulau Pinang (2,054), Kedah (1,772), Johor (1,743),  Sarawak (1,543), Kelantan (1,422),  Kuala Lumpur (1,284) dan Perak (1,242).

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan setakat ini adalah 262,713.

Dalam pada itu, negara turut melaporkan pertambahan sebanyak 211 kematian baharu menjadikan angka kumulatif sebanyak 14,553 kes.

Manakala jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 18,613 dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 1,316,336 kes.

Ketika ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 1,063 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 511 kes memerlukan bantuan pernafasan.