LABUAN: Labuan mungkin akan mengikuti langkah kerajaan Sabah yang akan menguatkuasakan kuarantin wajib 14 hari terhadap individu yang memasuki pulau bebas cukai itu sebagai usaha untuk mengekang penularan kes COVID-19, di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Labuan Rithuan Ismail berkata, pihaknya kini sedang mendapat kelulusan daripada kerajaan Persekutuan mengenai perkara itu.
"Kita perlu menunggu dan akan mengumumkan perkara ini dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya pada sidang media yang diadakan secara maya, di sini semalam.
Pada Selasa, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun mengumumkan bahawa penguatkuasaan kuarantin wajib 14 hari ke atas individu yang masuk ke Sabah berkuat kuasa, hari ini (20 Mei).
Menurut Rithuan, selain kuarantin wajib, jawatankuasa itu juga mencadangkan agar ujian reaksi rantai polimerase (PCR) dijalankan terhadap setiap pelancong, sebelum memasuki pulau bebas cukai itu.
BACA: COVID-19: Individu masuk ke Sabah wajib kuarantin 14 hari bermula Khamis
Dalam perkembangan lain, Rithuan menjelaskan bahawa dua pasangan suami isteri dari Labuan yang didakwa telah mencetuskan kluster COVID-19 baharu di Tawau, Sabah telah menjalani ujian RTK-Antigen dan diuji negatif sebelum mereka melakukan perjalanan rentas negeri berkenaan.
Beliau juga akan memastikan setiap individu di pulau itu yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri mematuhi prosedur operasi standard yang ketat.
Ini termasuk, perlu mendapatkan kebenaran polis dan mengemukakan keputusan ujian COVID-19 yang negatif sebelum dibenarkan melepasi pemeriksaan polis di Lapangan Terbang Labuan dan terminal feri.
Pada Selasa, Masidi yang juga menteri yang bertanggungjawab terhadap isu COVID-19 di Sabah berkata bahawa Sabah telah memutuskan untuk mengenakan sekatan yang lebih ketat setelah mengesan dua kes indeks yang berasal dari Labuan mencetuskan kluster COVID-19 baharu di Tawau .
Beliau dilaporkan berkata kes pertama melibatkan pasangan suami isteri yang pulang ke Ladang Abaka, Tawau pada 7 Mei dan disahkan positif pada 14 Mei, dan menjangkiti sembilan ahli keluarga.
Keputusan ujian RTK pasangan itu didapati negatif semasa melakukan perjalanan rentas negeri.
Bagi kes kedua, individu terlibat pulang ke Kampung Sungai Imam, Tawau pada 8 Mei sebelum disahkan positif pada 16 Mei dan turut menziarah keluarganya di Taman Barkeley, Tawau seterusnya menyebabkan jangkitan kepada 43 ahli keluarganya.
Bagaimanapun Masidi semalam dalam satu kenyataan menjelaskan kes kedua itu disyaki mendapat jangkitan daripada kes indeks semasa menziarahi rumah keluarga di Kampung Sungai Imam dan Taman Berkeley pada 13 dan 14 Mei.
BACA: COVID-19: 511 kontak rapat Kluster Layang-Layangan jalani ujian saringan
Mengenai isu ingkar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di Labuan, Rithuan berkata nilai kompuan sebanyak RM963,500 dikenakan bagi 677 pelbagai kesalahan SOP, sejak Mac tahun lepas.
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 386 kompaun bernilai RM373,875 telah dibayar.
"Terdapat 277 kompaun yang tidak dapat diselesaikan kerana prosiding dan rayuan mahkamah sementara 14 baki diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFC)," katanya.
Daripada keseluruhan kompaun itu, 523 dikeluarkan oleh polis diikuti 148 oleh pegawai kesihatan dan enam oleh pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Labuan.
"Pelaku bukan sahaja individu malah peniaga," katanya sambil menambah kompaun bernilai antara RM1,500 hingga RM25,000 dengan kesalahan termasuk kegagalan mengimbas kod MySejahera, cubaan melakukan perjalanan rentas negeri tanpa kebenaran polis dan gagal mematuhi arahan kuarantin.
Labuan kini merekodkan kes positif kumulatif sebanyak 2, 591 dengan 14 kes baharu semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021

Para pengembara yang tiba beratur untuk melalui pemeriksaan dokumen perjalanan dan saringan kesihatan di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, 19 Mei, 2021. --fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat
Masidi berkata beliau memilih untuk memberi fokus kepada tugasan dan tanggungjawabnya.

Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.

'Saya tidak tahu mengenai wang RM300,000 kononnya diserahkan kepada pegawai saya' - Masidi
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang didakwa diserahkan melalui pegawai khas beliau.

Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi
Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).

DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi
Kerajaan Sabah menyarankan agar Kerajaan Pusat meningkatkan kecekapan pengurusan belanjawan yang diumumkan setiap tahun kepada negeri itu.

Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri pertama pada Rabu selepas rombakan kabinet minggu lalu.

Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi
Tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.

Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun
Kenyataan mengelirukan mengenai dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak berparti selepas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan kenyataan tidak berasas.

Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi
Masidi berkata, tiada merit kepada dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.