KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan Kluster Telaga di Kedah tamat pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia susulan berakhirnya tempoh pemantauan selama 28 hari. 

"Sukacita dimaklumkan, hari ini kita menamatkan Kluster Telaga setelah pemantauan dan pengawasan selama 28 hari," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan semasa COVID-19 pada Jumaat.

Kluster ini melibatkan 16 kes positif COVID-19 melibatkan semua warganegara Malaysia dan tiada kes kematian dilaporkan.

Kluster Telaga melibatkan daerah Kota Setar, Padang Terap, Kubang Pasu, Kuala Muda dan Pokok Sena. 


BACA: Kes baharu COVID-19 masih tiga digit: Ini lima tumpuan sidang media KKM

BACA: COVID-19: 6 kematian, 354 kes baharu dilaporkan hari ini

BACA: COVID-19: Tiga kluster baharu dikesan, libatkan Sabah, Perak dan Terengganu

BACA: COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham