Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini mengumumkan Kluster Stutong diisytihar tamat.
Ia selepas kluster ini tidak merekodkan pertambahan kes positif terbaharu COVID-19 dalam tempoh 28 hari daripada tarikh terakhir kes positif dikesan.
Untuk rekod kluster ini mula dikesan pada 16 Julai 2020 selepas Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) menjalankan saringan aktif di Pasar Stutong berdasarkan hasil siasatan yang mendapati terdapat kes-kes sporadik yang mempunyai sejarah mengunjungi pasar itu.
“Pada 16 Julai 2020, JKNS telah menjalankan aktiviti saringan secara rawak ke atas peniaga yang ada di pasar tersebut.
“56 orang dipilih bagi menjalani saringan COVID-19 dengan menggunakan kaedah RT-PCR dan hasil saringan awal pada 18 Julai 2020, JKNS telah mengesan dua kes positif COVID-19 pada 18 Julai 2020 daripada 56 orang yang disaring,” jelas kenyataan itu.
BACA: COVID-19: Satu kluster baharu di Sarawak, empat kes positif dilaporkan
Justeru, kluster Pasar Stutong diisytiharkan pada 18 Julai 2020 dan diarah tutup selama 14 hari pada hari sama bagi tujuan nyah cemar dan memutuskan rantaian COVID-19.
“Secara keseluruhan, 685 orang telah disaring dan tujuh kes COVID-19 dikesan menerusi kluster ini atau 1.02 peratus dengan kes terakhir dikesan pada 22 Julai 2020.
“Manakala kes terakhir yang telah pulih dan didiscaj dari wad hospital ialah pada 31 Julai 2020,” tambah kenyataan sama.
Menurut kenyataan itu lagi, punca jangkitan COVID-19 di Pasar Stutong adalah berkemungkinan jangkitan tempatan dalam komuniti dan jangkitan berpunca daripada keadaan yang sesak dan penjarakan fizikal yang terhad.
Syafik Shukri Jalil
Thu Aug 20 2020
![COVID-19: Kluster Stutong di Sarawak diisytihar tamat COVID-19: Kluster Stutong di Sarawak diisytihar tamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51597915032_COVID.jpg)
Secara keseluruhan, 685 orang telah disaring dan tujuh kes COVID-19 dikesan menerusi kluster ini atau 1.02 peratus dengan kes terakhir dikesan pada 22 Julai 2020. FOTO: Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Bertahun lama menanti, mesin ATM akhirnya sampai di Gedong Bertahun lama menanti, mesin ATM akhirnya sampai di Gedong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41608021995_GedongATM.jpg)
Bertahun lama menanti, mesin ATM akhirnya sampai di Gedong
Isu ketiadaan mesin ATM di kawasan itu hangat diperkatakan apabila penduduk terpaksa menempuh perjalanan jauh demi khidmat perbankan ini.
![RM18 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air seluruh Sarawak RM18 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air seluruh Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607923965_StephenRundiUtom.jpg)
RM18 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air seluruh Sarawak
Peruntukkan ini dilaksana di bawah Rancangan Malaysia ke-12 sebagai langkah proaktif Sarawak dalam menyelesaikan masalah bekalan air.
![Menawan! Tikar kelasah komuniti Bidayuh terima Anugerah Kraf Cemerlang Menawan! Tikar kelasah komuniti Bidayuh terima Anugerah Kraf Cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607238787_TBTIKARGLOWx.jpg)
Menawan! Tikar kelasah komuniti Bidayuh terima Anugerah Kraf Cemerlang
Bertemakan Glow Tree of Life, tikar ini dihasilkan oleh Abot Gudang dengan kerjasama komuniti Bidayuh di Serikin, Sarawak.
![Saya cari tin untuk sara hidup, ada yang kasihan, mereka akan bantu... Saya cari tin untuk sara hidup, ada yang kasihan, mereka akan bantu...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61606562579_penjualtinsatok.jpg)
"Saya cari tin untuk sara hidup, ada yang kasihan, mereka akan bantu..."
Penyakit dihidapi membuatkan Aunty Ngu tidak kuat mencari rezeki sehingga memaksanya untuk bergantung harap dengan ihsan orang ramai.
![Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603262947_AwangPawiPenganal.jpg)
Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB
Tindakan keluar parti 200 ahli PSB Ngemah, Sibu dilihat sebagai tamparan hebat buat PSB meneliti semula kepimpinan di akar umbi.
![Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603179882_DewanperniagaanDa.jpg)
Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak
Dua menara akan dibina untuk memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat Dayak di Sarawak
![Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS bakal direalisasikan Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS bakal direalisasikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602923535_PetrosHidrogen.jpg)
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS bakal direalisasikan
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS dilengkapi pam minyak, tempat pengisian gas hidrogen serta kemudahan mengecas kenderaan hybrid, seiring usaha ke arah teknologi hijau.
![COVID-19: Sarawak giat laksana saringan dalam kalangan PATI COVID-19: Sarawak giat laksana saringan dalam kalangan PATI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602839266_HOSPITALUMUMSARAWAK.jpg)
COVID-19: Sarawak giat laksana saringan dalam kalangan PATI
Tindakan ini susulan daripada kes positif COVID-19 melibatkan dua warga Indonesia seperti yang dilaporkan oleh JPBN pada Khamis.
![JPBN Sarawak dalam usaha tingkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 JPBN Sarawak dalam usaha tingkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602675034_DouglasUggah.jpg)
JPBN Sarawak dalam usaha tingkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini dalam usaha meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 dan pasukan pengesanan kontak rapat.
![COVID-19: Satu kes import di Sarawak, dua kluster kekal aktif COVID-19: Satu kes import di Sarawak, dua kluster kekal aktif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41595667018_gerakannegerisarawak.jpg)
COVID-19: Satu kes import di Sarawak, dua kluster kekal aktif
Satu kes yang dilaporkan pada hari ini dicatatkan di Kota Samarahan. Kes tiba dari Kota Kinabalu, Sabah.