KOTA KINABALU: Sabah hari ini telah mengesan satu kluster baharu yang dipercayai berpunca daripada sambutan Pesta Kaamatan pada 31 Mei lalu.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, Kluster Kionsom Kecil itu mula dikesan pada 9 Jun lalu, melalui saringan bergejala di JMC Kota Kinabalu.
"Kes indeks merupakan pekerja lelaki berumur 31 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan dan telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut dan isolasi, selepas disahkan positif RT-PCR.
"Susulan kes itu, seramai 86 kontak rapat menjalani ujian saringan COVID-19 pada 12 hingga 13 Jun," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Setakat ini, kluster berkenaan telah mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 40 kes, katanya.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri, berkata Sabah hari ini mencatatkan pertambahan 184 kes positif COVID-19.
"Angka kes pada hari ini menunjukkan trend penurunan setelah beberapa hari berada di atas paras 200 kes jangkitan baharu harian," katanya.
Katanya, tiga kes kematian telah direkodkan, dua dari daerah Tawau dan satu di Semporna.
Eleanor Michelle Patrick
Wed Jun 16 2021
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri, berkata Sabah hari ini mencatatkan pertambahan 184 kes positif COVID-19. - Gambar fail
Malaysia alu-alukan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan organisasi media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.
GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan
Bantuan berbentuk keperluan asas bagi tempat tinggal sementara selain makanan panas serta keperluan bayi dan kanak-kanak sedang diatur.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
Sarawak sahkan kejuaraan keseluruhan Para SUKMA 2024
Sarawak mengesahkan kejuaraan apabila merangkul 82 emas, 51 perak dan 72 gangsa, diikuti Sabah di kedudukan kedua dengan pungutan 62-42-31.
Dr Kathryn Anne Rivai perkasa pendidikan untuk kanak-kanak terpinggir di Sabah
Berhijrah lebih empat dekad lalu, Kathryn memberi banyak impak ke atas landskap pendidikan di Sabah menerusi kemahiran dan kepimpinannya.
Belia Sabah digesa manfaat peluang pelancongan luar bandar - Joniston
Kira-kira 400 peluang pekerjaan sepenuh masa dan sambilan ditawarkan susulan wujud lebih 80 perniagaan berkaitan pelancongan di Klulu.
14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.
SESB bakal laksana pemasangan meter pintar
Sabah Electricity akan laksana projek pemasangan meter pintar dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu.
Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.
Sabah alu-alukan kenaikan peruntukan khas interim sementara tunggu tuntutan 40 peratus
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik kenaikan peruntukan khas interim kepada RM600 juta untuk tahun depan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Anwar dijadual tiba di SICC petang ini, pengerusikan Mesyuarat MTPMA63
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah jam 2.30 petang ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.
Sekumpulan memerang 'mengganas', serang pengunjung taman rekreasi
Seorang individu telah diserang sekumpulan memerang dalam kejadian di sebuah taman rekreasi di Tanjung Aru, di sini, pada pagi Rabu.
PM Anwar adakan lawatan dua hari ke Sabah
Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour.