KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 kes tempatan COVID-19 baharu yang dijangkiti varian Afrika Selatam B.1.351 dikenal pasti dari 3 Mei 2021 sehingga 10 Mei 2021.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia diperolehi dari survelan genomik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas 33 sampel COVID-19.
"Kes-kes ini telah dikesan di negeri Kelantan, Kedah, Selangor, dan Negeri Sembilan; serta satu kes import bukan warganegara yang dijangkiti varian dari India B.1.617.2. Beliau telah meninggal dunia.
"Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 adalah sebanyak 62 kes dan varian dari India B.1.617 sebanyak dua kes - masing-masing satu kes sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu kata Dr Noor Hisham, satu kes melibatkan bukan warganegara dengan varian Indian VOI B.1.617.2 telah dikesan di negara ini.
"Kes ini tiba di Malaysia pada 7 April 2021 dan telah menjalani ujian COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).
"Kedua-dua ujian saringan COVID-19 yang dijalankan pada 7 April 2021 dan 12 April 2021 adalah negatif.
"Bagaimanapun, beliau dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 apabila beliau dibawa ke Unit Kecemasan dan Trauma setelah mengalami gejala COVID-19 yang serius. Keadaan kesihatan beliau terus merosot dan dilaporkan meninggal dunia pada 1 Mei 2021," ujarnya.
Dr Noor Hisham turut mengingatkan masyarakat untuk mengelakkan dari menghadiri sebarang perhimpunan besar-besaran termasuk solat Hari Raya beramai-ramai melebihi had dibenarkan serta menangguhkan aktiviti ziarah-menziarahi termasuk menziarahi kubur.
Astro Awani
Wed May 12 2021
Kata Dr Noor Hisham, satu kes melibatkan bukan warganegara dengan varian Indian VOI B.1.617.2 telah dikesan di negara ini. - Astro AWANI
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa.
Israel nekad hapuskan pemimpin dan ahli kumpulan Houthi
Perdana Menteri Israel menegaskan pihaknya akan terus memburu semua pemimpin dan ahli kumpulan Houthi di Yaman sebagai balasan mengganggu keamanan dan ketenteraman negara haram Israel.
Pejuang Houthi didakwa lancar peluru berpandu ke arah Israel
Pejuang Houthi bertindak melancarkan peluru berpandu dari Yaman ke arah Israel. Bagaimanapun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pihaknya berjaya memintas peluru berpandu tersebut.
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik yang jejaskan orang ramai - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Serangan Israel ke atas Yaman hanya tingkatkan ketegangan
Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas Yaman.
Enam terkorban dalam serangan Israel ke atas Yaman
Enam dilaporkan maut setakat ini akibat serangan rejim Zionis ke atas beberapa fasiliti yang dikaitkan dengan pejuang Houthi di Yaman. Agensi Berita Saba yang dikawal Houthi melaporkan tiga terbunuh dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa dan tiga lagi terbunuh di Hodeidah.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
KKM alu-alukan langkah kawal selia premium insurans, takaful, intervensi
Langkah BNM mengawal selia kenaikan premium insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) adalah intervensi jangka pendek agar rakyat tidak terbeban dengan inflasi yang mendadak.
Air di Kampung Kelaik tiada pelanggaran had piawaian logam berat - KKM
KKM melalui JKN dan PKD akan terus memantau kualiti bekalan air di Kampung Kelaik secara berkala dengan kerjasama pihak JAKOA.
NCFS jadi pusat kecemerlangan bagi program keselamatan dan kualiti makanan - Dzulkefly
Pusat Kebangsaan bagi Keselamatan Makanan (NCFS) akan menjadi pusat kecemerlangan bagi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KKM tambah baik sistem penempatan petugas melalui kaedah penggiliran
Ia bagi memastikan pegawainya tidak tertekan sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental mereka.
Merokok di restoran: Tok Mat mohon maaf, akan bayar kompaun
Mohamad berkata notis kompaun itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk penetapan amaun kompaun serta tindakan selanjutnya.
Menteri Kesihatan sahkan Tok Mat akan dikenakan kompaun kesalahan merokok di restoran
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan menyerahkan notis kompaun terhadap Ahli Parlimen Rembau itu atas kesalahan melanggar undang-undang.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Jeti ikan TSL Fishery, Sungai Perak, di Hutan Melintang semalam, ditemukan lemas hari ini.
Tiga individu kerugian lebih RM5.4 juta terperdaya love scam, phone scam
Dua wanita dan seorang lelaki berputih mata selepas masing-masing terperdaya dengan sindiket Love Scam dan Phone Scam, mengakibatkan kerugian lebih RM5.4 juta dalam tiga kes berasingan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).