KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi ke-28 (ME 28/2022) dari 10 hingga 16 Julai meningkat sebanyak 23.4 peratus berbanding ME 27/2022 iaitu 26,355 kes daripada 21,355 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes tempatan COVID-19 pada ME ke-28 meningkat sebanyak 23.4 peratus menjadi 26,317 kes daripada 21,325 kes pada minggu sebelumnya manakala kes import meningkat sebanyak 26.6 peratus daripada 30 kes pada minggu sebelumnya kepada 38 kes.
"Bilangan kes sembuh pada ME 28/2022 meningkat sebanyak 16.8 peratus kepada 19,138 kes daripada 16,379 kes pada ME 27/2022," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurut Dr Noor Hisham, bilangan kes kematian pada ME 28/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 2.6 peratus (38 kes kepada 39 kes) berbanding ME 27/2022 sementara purata kes aktif setiap hari bagi ME 28/2022 adalah 38,110 iaitu peningkatan sebanyak 18.6 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Katanya, dari 25 Jan 2020 (ME 4/2020) hingga 16 Julai 2022 (ME 28/2022), kumulatif kes baharu COVID-19 di seluruh negara adalah 4,619,045 sementara kumulatif kes sembuh sebanyak 4,540,717 dan kumulatif kes kematian 35,848 manakala kumulatif kluster adalah 7,026 dengan 12 kluster aktif.
Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan seperti hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak sembilan peratus pada ME 28/2022 berbanding ME 27/2022.
Katanya, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 33 peratus, dengan pesakit kategori satu dan dua meningkat 33 peratus manakala pesakit kategori tiga, empat dan lima turut mencatatkan peningkatan sama.
Menurut Dr Noor Hisham, peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 28/2022 bagi katil bukan kritikal meningkat sebanyak dua peratus; katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat sebanyak tiga peratus; dan tiada perubahan pada katil PKRC.
Beliau berkata kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan peningkatan berdasarkan perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 27/2022 dan ME 28/2022.
"Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 23.1 peratus, bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 41.3 peratus dan bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital meningkat sebanyak 18.2 peratus," katanya.
Dr Noor Hisham berkata trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya) pada akhir ME 28/2022 meningkat 33.8 peratus berbanding pada akhir ME 27/2022 iaitu daripada 53,306 kes kepada 71,326 kes.
Mengenai survelan Penyakit Seperti Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) COVID-19, beliau berkata sehingga ME 28/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 pada ME 28/2022 meningkat sebanyak 8.5 peratus daripada 10.6 peratus pada ME 27/2022 kepada 11.5 peratus pada ME 28/2022 dan kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 kekal sifar peratus pada ME 28/2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022
![COVID-19: Kes baharu meningkat 23.4 peratus pada 10 hingga 16 Julai - Dr Noor Hisham COVID-19: Kes baharu meningkat 23.4 peratus pada 10 hingga 16 Julai - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647054545_DatukDrNoorHisham.jpg)
Menurut Dr Noor Hisham, bilangan kes kematian pada ME 28/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 2.6 peratus (38 kes kepada 39 kes) berbanding ME 27/2022. - Gambar fail
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732178919_JemaahHaji.jpg)
Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19 Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738568909_JapanChinaOutbreak.jpg)
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
![50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam 50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737971305_tbFlorentinoBatista.jpg)
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
![Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000 Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737631215_IswardiMorni.jpg)
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024 Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736938209_tbKiyomizuderatemp.jpg)
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
![Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71696078328_facemasks.jpg)
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
![Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736766153_TBTUNOPENG.jpg)
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
![Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736510687_ECRLtajakepukbat.jpg)
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
![hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736126144_TBHMPV.jpg)
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.