KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangkakan negeri ini akan mencatatkan kes harian baharu mencecah tiga angka selama empat minggu berturut-turut berdasarkan situasi semasa COVID-19.
Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata, sejak hampir dua minggu lepas, Kelantan mencatatkan antara 400 dan 500 kes positif setiap hari.
Perkembangan itu dilihat walaupun kerajaan telah mengambil tindakan menutup bazar Ramadan dan sekolah, serta melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 17 Mei.
"Ini usaha kita setakat ini. Kita juga berdepan kes dalam komuniti.
"Jadi, saya jangkakan kes akan berterusan tiga angka untuk 28 hari, atau dua minggu akan datang ini, bergantung kepada bagaimana masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya pada Ahad.
Menurutnya, majoriti individu yang menjalani ujian di pusat saringan di Kota Bharu mencapai antara 700 dan 800 orang sehari.
Terdahulu, Dr Zaini mengiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan meninjau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Dewan Jubli Perak di sini.
Katanya, pihaknya turut menghantar sampel ujian ke makmal swasta, Makmal Kesihatan Awam di Ipoh, Perak dan makmal Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian bagi mengelakkan berlaku kelewatan keputusan ujian.
Berdasarkan data laporan, terdapat pertambahan kes dalam komuniti yang menunjukkan COVID-19 sudah berada dalam masyarakat dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja.
Menyentuh mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) fasa dua di Kelantan bermula 22 April lalu, Dr Zaini menjelaskan, 5,000 warga emas dan individu berisiko tinggi menerima suntikan dos pertama setakat ini.
Ia membabitkan pusat penerimaan vaksin (PPV) di Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Pasir Puteh.
Dalam perkembangan berkaitan, ditanya berhubung kes tiga peniaga yang dikompaun sebanyak RM50,000 baru-baru ini, Dr Zaini berkata kertas siasatan sudah dihantar oleh JKNK kepada ibu pejabat di Putrajaya.
BACA: JKNK masih menunggu keputusan rayuan tiga peniaga dikompaun RM50,000
Setakat ini, katanya, keputusan rayuan belum diperoleh.
Muhafandi Muhamad
Sun May 02 2021
DR ZAINI: Saya jangkakan kes akan berterusan tiga angka untuk 28 hari, atau dua minggu akan datang ini, bergantung kepada bagaimana masyarakat mematuhi SOP ditetapkan. - Astro AWANI
Grab Malaysia cipta 10,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu
Grab Malaysia telah membuka 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat, yang dikenali sebagai Rakan Grab, di Terengganu sejak mula beroperasi di negeri pantai timur itu pada 2017.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Ah Ma House gamit nostalgia pengunjung
Diinspirasi daripada rumah nenek Ng, Ah Ma House bukan setakat kedai biasa menjual barangan klasik dan makanan ringan popular era 80-90an.
PM Anwar ke Korea untuk lawatan rasmi
Kunjungan Perdana Menteri ke negara itu atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
Mangsa banjir menurun kepada 481 orang di enam negeri pagi ini
Menurut info banjir JKM, antara negeri terjejas adalah Melaka, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Johor dan Selangor.
Serangan berulang Israel ke atas hospital Gaza penghinaan terhadap kemanusiaan - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu meminta masyarakat antarabangsa untuk mengenakan 'sekatan tegas' ke atas Israel.
AWANI Pagi: Perubahan Iklim: Cerita Pesawah Pendang di COP29
Ikuti temubual Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop yang berada di Baku, Azerbaijan yang sempat menemubual beberapa pesawah Malaysia yang mengikuti COP29.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta
Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi.
Bekas PM Australia kecewa, seru negara keluar dari ICC
Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, menyeru agar Australia menarik diri daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Seruan itu dinyatakan di X susulan keputusan badan tersebut mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Seruan itu dinyatakan di X susulan keputusan badan tersebut mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.
Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.
Pencemaran bau: Perkembangan berkaitan sekolah diumum esok
Perkembangan membabitkan persekolahan di Taman Mount Austin, Taman Daya, Taman Istimewa dan Kampung Melayu Pandan di sini yang dilanda pencemaran bau akan diumumkan esok.
MCMC adakan libat urus dengan penyedia platform media sosial bulan ini
MCMC akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan SOP melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.
Kelulusan projek pembangunan baharu di KL ditangguhkan sementara - Dr Zaliha
Semua kelulusan projek pembangunan baharu di Kuala Lumpur ditangguhkan buat sementara waktu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.
Lesen media sosial pastikan penyedia platform ketat SOP, kekang jenayah dalam talian
Lesen itu adalah bagi mempertanggungjawabkan semua penyedia platform media sosial agar mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan komuniti.
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.