KUALA LUMPUR: Institut Kajian Perubatan (IMR) telah selesai menjalankan kajian mengenai penggunaan dua kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua kaedah ujian saringan COVID-19 itu mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus.

"Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memperincikan panduan pengunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan," katanya melalui ciapan di Twitter, pada Rabu.


Sebelum ini, Dr. Noor Hisham menyatakan kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19 akan tersedia di pasaran dalam tempoh terdekat.

Menerusi penggunaan kit ujian air liur itu, individu berkenaan tidak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk membuat saringan awal bagi mengesan COVID-19.

Dua kit ujian akan diperkenalkan dan dijual di farmasi.