KUALA LUMPUR: Hampir separuh daripada isi rumah di negara ini terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Selain itu, Menteri Di Jabatan Perdana (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kira-kira 600,000 golongan M40 telah tergelincir ke dalam kategori B40.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan sentiasa menjadikan agenda membasmi kemiskinan sebagai agenda pembangunan negara.
"Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri sekarang, akan datang dan sebelumnya berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap ahli Keluarga Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kaum dapat menikmati taraf wajar, dan akan memastikan tiada yang tercicir.
"Oleh itu, kerajaan akan mempergiatkan menangani kemiskinan dengan keseluruhan negara.
"Antaranya, menyediakan peningkatan pendapatan serta peningkatan keupayaan di luar bandar dan bandar, menggalakkan keusahawanan kepada akses pembiayaan kewangan serta memudah cara kepada akses pendidikan," katanya pada menggulung Usul Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata kerajaan juga berusaha memastikan pembangunan seimbang merentasi wilayah dan negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Selaras dengan semangat Keluarga Malaysia, beliau menambah pembangunan ekonomi di enam negeri yang kurang membangun akan turut diberikan perhatian oleh kerajaan.
Negeri-negeri tersebut ialah Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perlis.
"Sehubungan itu, kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) akan melaksanakan strategi pembangunan yang komprehensif bagi merancakkan pembangunan ekonomi di negei-negeri kurang membangun.
"Malah, dokumen RMK-12 khusus buat pembangunan di Sabah dan Sarawak bagi memperincikan strategi merancakkan sisi ekonomi di negeri tersebut," katanya.
Hasimi Muhamad
Thu Sep 23 2021

Mustapa berkata, kira-kira 600,000 golongan M40 telah tergelincir ke dalam kategori B40 - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus
Terdapat beberapa cabaran utama dalam mencapai sasaran SDG antaranya aspek tadbir urus dan kadar kebergantungan yang tinggi kepada kerajaan.

Pendekatan noktah kemiskinan tegar tanpa diskriminasi - PM Anwar
Walaupun majoriti penduduk miskin merupakan masyarakat Melayu dan Bumiputera, namun semua kaum, termasuk Cina dan India yang terkesan, akan mendapat bantuan.

Usaha kerajaan menoktahkan miskin tegar tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Perkara berkenaan dikemukakan oleh Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) kepada Perdana Menteri.

Sindrom kebergantungan golongan rentan perlu ditangani - PM
Masalah kemiskinan tegar di negara ini hanya boleh diselesaikan dengan memerdekakan golongan rentan.

Gaza menderita kemiskinan melampau, kebuluran ketika Israel teruskan serangan genosid - Bank Dunia
Ekonomi Gaza telah runtuh dan penduduknya sedang menghadapi kemiskinan melampau serta kebuluran di tengah-tengah serangan Israel.

COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.

Basmi kemiskinan: Umat Islam perlu guna pendekatan lebih meluas, selaras - Sultan Nazrin
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah umat Islam perlu menggunakan pendekatan dalam skala yang lebih luas dan selaras, dalam usaha membasmi kemiskinan multidimensi tegar yang sedang melanda dunia.

Kajian UNICEF: Pendapatan isi rumah melonjak, kemiskinan masih ketara
Kemiskinan kekal tinggi pada 41 peratus pada Okt 2023, walaupun mencatat penurunan berbanding awal 2021.

Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.

Tiada dokumen pengenalan diri, halangan anak jalanan 'terbang' tinggi
Apakah usaha yang dilakukan kerajaan untuk komuniti minoriti ini mencipta kejayaan belum memadai?