KUALA LUMPUR: Pendapatan penengah bulanan isi rumah negara telah melonjak kepada hampir RM3,000, meningkat 32 peratus berbanding tahap sebelum COVID-19, manakala kadar pengangguran pula menurun dari 12 peratus pada awal 2021, kepada 5.9 peratus pada Oktober tahun lalu.
Biarpun ini menandakan pemulihan yang ketara dalam usaha menangani kesan ekonomi akibat pandemik, kemiskinan masih ketara, terutamanya dalam kalangan wanita, kanak-kanak, dan individu kurang upaya (OKU).
Itu dapatan tinjauan bertajuk 'Ranjau Sepanjang Jalan: Tinjauan berulang tentang impak kos sara hidup pasca pandemik terhadap isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur', yang dijalankan UNICEF dari 14 Oktober 2023 hingga 16 November 2023.
Kemiskinan kekal tinggi pada 41 peratus pada Okt 2023, walaupun mencatat penurunan berbanding awal 2021.
Dalam kalangan ketua isi rumah wanita, kadar kemiskinan adalah pada 59 peratus, manakala kadar kemiskinan tertinggi direkod dalam kalangan isi rumah yang diketuai oleh orang kurang upaya, iaitu 67 peratus.
Kadar kemiskinan tegar ialah 8 peratus, dan tertinggi dalam kalangan isi rumah yang diketuai oleh orang kurang upaya, iaitu 17 peratus
"Walaupun peningkatan dalam pasaran buruh dan pendapatan, kemiskinan kekal tinggi, anda harus ingat kadar kemiskinan di KL, negeri terkaya di Malaysia adalah kurang daripada dua peratus, kira-kira 1.4 atau 1.5 peratus kadar kemiskinan, tetapi di rumah pangsa kos rendah di KL adalah 41 peratus, ia jauh lebih tinggi, walaupun ia telah berkurangan berbanding 45 peratus semasa pandemik, ia amat membimbangkan.
"Dalam kalangan ketua keluarga wanita, kemiskinan adalah kira-kira 60 peratus, bermakna 6 daripada 10 hidup di bawah garis kemiskinan, dalam kalangan orang kurang upaya isi rumah ialah 67 peratus.
"Jadi pendapatan dan peluang pekerjaan telah bertambah baik tetapi masih ramai miskin, jauh lebih tinggi daripada tahap nasional atau negeri," kata Ketua Penyelidik UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Tinjauan tersebut turut mendapati terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan perlindungan sosial dan program bantuan, terutamanya dengan 40 peratus pekerja tidak mempunyai perlindungan sosial berasaskan pekerjaan dengan kadar tertinggi dicatat dalam kalangan mereka yang bekerja sendiri iaitu 92 peratus.
"Dalam kalangan sampel pekerja kami, 40 peratus tidak mempunyai perlindungan sosial dan paling teruk di kalangan mereka yang bekerja sendiri.
"Untuk mudah ingat ialah Makcik Kiah. 92 peratus Makcik Kiah tidak dilindungi, maknanya apabila kita buat akaun 3 contohnya, pengeluaran KWSP, majoriti mereka tidak mendapat manfaat daripadanya, jika mereka pergi bekerja, sesuatu berlaku kepada mereka, mereka tidak dilindungi," ujarnya.
Kenaikan harga juga makanan menyebabkan tekanan kewangan yang ketara kepada isi rumah. Lapan daripada 10 isi rumah bergelut untuk menjana pendapatan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan asas mereka, dan jumlah itu lebih tinggi berbanding 7 daripada 10 yang dilaporkan semasa pandemik.
Sejumlah 90 peratus isi rumah sedang bergelut dengan kesan kenaikan kos sara hidup, terutamanya mengenai harga makanan, manakala kira-kira 50 peratus menganggap keadaan kewangan mereka semakin merosot berbanding 2022.
"Apabila ditanya bagaimana mereka menguruskan kenaikan kos sara hidup, kata mereka, 'saya kerja lebih kuat, lebih lama, saya melakukan kerja dua kali ganda, saya mengurangkan perbelanjaan saya sama ada untuk barangan tidak penting atau pengambilan makanan'.
"Ini akan diterjemahkan kepada anak-anak, satu daripada dua kanak-kanak makan kurang daripada tiga kali sehari, sekali gus akan memberi impak kepada kesejahteraan kanak-kanak di masa hadapan," tambahnya.
Lain-lain dapatan tinjauan itu juga menggariskan beberapa isu lain seperti cabaran dalam kebolehcapaian dan kualiti pendidikan dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah, tekanan mental ibu bapa yang melebihi tahap semasa pandemik, serta bantuan tunai dan kawalan harga ke atas barangan makanan dianggap sebagai yang paling dimahukan isi rumah, berbanding subsidi petrol.
Justeru, bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan, UNICEF menggariskan beberapa cadangan dan dasar, antaranya elaun sejagat untuk semua kanak-kanak dan orang kurang upaya.
Ini dilihat perkara terpenting dalam menyediakan tahap jaminan pendidikan dan pendapatan, selain melengkapkan perlindungan penjagaan kesihatan dan pekerjaan yang sedia ada.
Bagi kanak-kanak, UNICEF mencadangkan RM200 elaun untuk semua ibu mengandung setiap bulan, sehinggalah usia 2 tahun dan ini memerlukan peruntukan kira-kira RM2.2 bilion setahun, bersamaan 0.12 peratus daripada KDNK.
Manakala untuk OKU, kos yang dianggarkan ialah kira-kira RM3.2 bilion atau 0.17 peratus daripada KDNK, berdasarkan jumlah OKU yang berdaftar ketika ini.
Selain itu, UNICEF turut mencadangkan agar kadar gaji minimum baharu disemak semula, dengan kadar gaji minimum yang sepatutnya adalah RM2,102.27, berdasarkan kos sara hidup, pendapatan garis kemiskinan, gaji penengah, dan produktiviti semasa.
Turut dicadangkan ialah penambahbaikan perlindungan sosial seperti KWSP dan Perkeso, mengukuhkan bantuan sosial terutamanya program bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan pemerluasan kesedaran tentang kesihatan seksual dan reproduktif melalui program khidmat masyarakat dan program sokongan kesihatan mental.
Madiha Abdullah
Wed May 08 2024

Kemiskinan kekal tinggi pada 41 peratus pada Okt 2023, walaupun mencatat penurunan berbanding awal 2021. -Gambar hiasan/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.

Lebih 350 trak UNICEF masuk Semenanjung Gaza pada minggu pertama gencatan senjata
UNICEF mempercepatkan pengagihan bekalan dan perkhidmatan kepada kanak-kanak di Semenanjung Gaza, dengan lebih 350 trak memasuki kawasan itu pada minggu pertama gencatan senjata yang dinanti-nantikan.

Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.

Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Kira-kira 473 juta kanak-kanak, atau lebih daripada satu dalam enam kanak-kanak, dianggarkan tinggal di kawasan konflik di seluruh dunia.

Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF
Lebih ramai kanak-kanak kini tinggal di kawasan konflik atau terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran berbanding sebelum ini.

UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.

PBB beri amaran krisis kemanusiaan luar biasa di Lubnan akibat perang
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa situasi di Lubnan kini mencapai tahap yang lebih buruk berbanding perang 2006.

Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral - Abang Jo
Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral semata-mata, tetapi ia juga adalah satu keperluan ekonomi, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel
Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel