KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua kes pertama COVID-19 subvarian Delta AY.4.2 atau Delta Plus dikesan di Malaysia.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Sabtu, kes-kes tersebut merupakan kes import, iaitu pelajar Malaysia yang pulang dari United Kingdom.
“Kedua-dua rakyat Malaysia ini telah sampai di KLIA pada 2 Oktober 2021 dan telah menjalani ujian RT-PCR dan didapati negatif untuk SARS-CoV-2 bagi sampel pertama.
“Walau bagaimanapun keputusan tersebut positif apabila diuji pada sampel kedua yang diambil pada 7 Oktober 2021 semasa dalam tempoh kuarantin,” jelas Dr Noor Hisham.
Tambah beliau, sampel-sampel tersebut telah menjalani proses penjujukan genom penuh di UKM Medical Molecular Biology (UMBI-UKM) dan laporan keputusan dikeluarkan pada 30 Oktober lalu.
Jelas Dr Noor Hisham, varian AY.4 merupakan salah satu daripada 75 jenis ‘lineage’ yang berasal dari varian Delta.
“Salah satu sublineage AY.4 adalah Varian AY.4.2 yang juga dikenali sebagai “Delta Plus”. Varian AY.4.2 ini mempunyai dua (2) mutasi tambahan pada protein spike iaitu Y145H dan A222V.
“Agensi Keselamatan Kesihatan UK pada 20 Oktober 2021 telah menetapkan AY.4.2 sebagai Variant Under Investigation (VUI).”
Namun tegas beliau, vaksin yang digunakan ketika ini masih berkesan terhadap varian berkenaan, manakala langkah-langkah pencegahan seperti kuarantin dan ujian saringan dapat mengurangkan risiko penularan varian tersebut di Malaysia.
“KKM akan terus memantau dengan teliti dari semasa ke semasa bagi mengesan kewujudan subvarian Delta dalam komuniti,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Institute for Medical Research Malaysia (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 44 kes baharu varian Delta manakala UMBI-UKM pula telah mengesan sebanyak 46 kes baharu varian Delta.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian mempunyai kepentingan (VOI) sebanyak 3,782 kes.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 27 Oktober lalu, terdapat peningkatan kes COVID-19 varian AY.4.2 sejak Julai lalu.
Sehingga kini, varian tersebut telah dikesan di sekurang-kurangnya di 42 negara.
Tambah WHO, 93 peratus daripada kes varian AY.4.2 dilaporkan di United Kingdom setakat ini dan menyumbang kepada 5.9 peratus daripada keseluruhan kes Delta di negara itu sejak 3 Oktober.
Nailah Huda
Sat Nov 06 2021
![COVID-19: Dua kes pertama Delta Plus dikesan di Malaysia COVID-19: Dua kes pertama Delta Plus dikesan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51598632682_KLIA.jpg)
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua kes merupakan kes import iaitu pelajar Malaysia yang pulang dari United Kingdom yang dikesan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Gambar hiasan/BERNAMA
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
Pangkat atau jawatan tidak penting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi anggotanya yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Pemilik sebuah rumah kebajikan didenda RM100
Individu didakwa di dua mahkamah Kuala Lumpur berkait kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber, 5 Julai lalu.
TERKINI] Timbalan Ketua Polis Perak dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu bermula hari ini.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
![[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 [TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692062485_TBAstro.jpg)
[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Malaysia perlu pertingkat pengambilan dos penggalak Malaysia perlu pertingkat pengambilan dos penggalak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653110332_vaksin.jpg)
Malaysia perlu pertingkat pengambilan dos penggalak
Satu lagi gelombang jangkitan COVID-19 dijangka tiba di negara ini bersama-sama kedatangan pelawat dari China.
![COVID-19: Omicron sama bahaya dengan varian lain - Kajian COVID-19: Omicron sama bahaya dengan varian lain - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644549072_OMICRON.jpg)
COVID-19: Omicron sama bahaya dengan varian lain - Kajian
Pendedahan ini menolak dapatan kajian sebelum ini, yang mendakwa varian Omicron lebih mudah berjangkit tetapi tidak menyebabkan kesan kritikal.
![COVID-19: Omicron ada di kebanyakan negara tapi masih belum dikesan COVID-19: Omicron ada di kebanyakan negara tapi masih belum dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626142016_WHO.jpg)
COVID-19: Omicron ada di kebanyakan negara tapi masih belum dikesan
Varian tersebut dilaporkan sudah berada di 77 buah negara.
![Kes pertama varian Omicron di Malaysia, 7 kontak rapat disah negatif COVID-19 Kes pertama varian Omicron di Malaysia, 7 kontak rapat disah negatif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638536521_DGHisham.jpg)
Kes pertama varian Omicron di Malaysia, 7 kontak rapat disah negatif COVID-19
Kesemua tujuh kontak rapat kes pertama varian Omicron disahkan negatif selepas menjalani ujian RT-PCR.
![Omicron: Tidak perlu terlalu bimbang jika patuh SOP - Pakar Omicron: Tidak perlu terlalu bimbang jika patuh SOP - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638522658_DiariLockdownSOP.jpg)
Omicron: Tidak perlu terlalu bimbang jika patuh SOP - Pakar
Menurut Prof Madya Dr Malina Osman, keadaan COVID-19 negara masih terkawal walaupun ada kemungkinan terdapat beberapa kes Omicron yang lain.
![COVID-19: Dua kes pertama Delta Plus dikesan di Malaysia COVID-19: Dua kes pertama Delta Plus dikesan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51598632682_KLIA.jpg)
COVID-19: Dua kes pertama Delta Plus dikesan di Malaysia
Dua kes tersebut membabitkan pelajar Malaysia yang pulang dari United Kingdom.
![PICK di landasan tepat, sasar 50 peratus rakyat Malaysia terima vaksin lengkap menjelang 31 Ogos - KJ PICK di landasan tepat, sasar 50 peratus rakyat Malaysia terima vaksin lengkap menjelang 31 Ogos - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628434904_KhairyJamaluddin.jpg)
PICK di landasan tepat, sasar 50 peratus rakyat Malaysia terima vaksin lengkap menjelang 31 Ogos - KJ
Angka ini datang bersama satu impian dan harapan seluruh rakyat Malaysia bahawa kesan vaksinasi terhadap kesihatan awam akan mula dirasai.
![Tidak mustahil kes baharu cecah 30,000 kes sehari Tidak mustahil kes baharu cecah 30,000 kes sehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628321834_pekerjaPasar.jpg)
Tidak mustahil kes baharu cecah 30,000 kes sehari
Jangkaan itu berdasarkan lima faktor termasuk kes melebihi angka 20,000 sehari sejak beberapa hari lepas, kadar kebolehjangkitan di semua negeri yang melebihi 1 peratus dan penularan varian Delta.
![COVID-19: Varian Delta merebak di China, lebih 200 dijangkiti COVID-19: Varian Delta merebak di China, lebih 200 dijangkiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626976141_china.jpg)
COVID-19: Varian Delta merebak di China, lebih 200 dijangkiti
Pegawai kesihatan tempatan di Nanjing memaklumkan tujuh daripada mereka yang dijangkiti berada dalam keadaan kritikal.
![Perjalanan masih jauh untuk kembali normal - Pakar Penjujukan Genom UK Perjalanan masih jauh untuk kembali normal - Pakar Penjujukan Genom UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627350728_BrendanMcDermidCO.jpg)
Perjalanan masih jauh untuk kembali normal - Pakar Penjujukan Genom UK
Apa yang diperlukan ialah pengawasan global yang jelas untuk varian baharu dan koordinasi mengenai vaksin terbaik sebagai persediaan masa depan.