Kesemua 100 anak kapal persiaran World Dream yang berlabuh dengan status kuarantin di Tanjung Pengelih, Johor disahkan negatif COVID-19 pada Ahad, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata semua anak kapal warganegara Malaysia itu telah disaring kesihatan pada 22 Feb lalu sebelum dibawa ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang, Johor untuk tujuan persampelan dan survelan bagi ujian pengesahan COVID-19.
"Hasil pemeriksaan kesihatan yang dijalankan, kesemua 100 anak kapal ini tidak mempunyai gejala dan keputusan ujian pengesahan COVID-19 yang diterima pada 23 Feb adalah negatif.
"Mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah masing-masing selama 14 hari dari tarikh mereka memasuki Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Dr Noor Hisham berkata, perjalanan pulang anak-anak kapal ini ke tempat masing-masing juga telah diaturkan sama ada diambil oleh ahli keluarga mereka atau menggunakan kemudahan bas yang telah disediakan.
Menurutnya, pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah yang berkenaan telah dimaklumkan mengenai anak-anak kapal terbabit, dan pemantauan kesihatan harian akan dijalankan ke atas mereka.
Anak-anak kapal itu juga telah dinasihatkan untuk mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah yang juga merupakan perintah di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawasan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
"Wakil perubatan kapal persiaran berkenaan juga telah memuji tindakan kerajaan membawa pulang anak kapal warganegara Malaysia, serta memaklumkan proses saringan kesihatan yang telah dijalankan adalah teratur dan dikoordinasikan dengan baik dan lancar," katanya.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan mengucapkan tahniah kepada semua agensi yang terlibat dalam memastikan proses saringan kesihatan dijalankan sebaik mungkin dan lancar, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 23 2020
Kesemua 100 anak kapal ini tidak mempunyai gejala dan keputusan ujian pengesahan COVID-19 yang diterima pada 23 Feb adalah negatif.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok
Setakat tengah hari Jumaat, masih terdapat 34 pesakit yang dirawat di Srinakarin, 12 di Sukhumvit dan dua di Hospital Bangkok.
Juruterbang SQ321 menjadi wira, tonjol kepentingan tali pinggang keselamatan
Juruterbang SIngapore Airlines adalah wira sebenar SQ321 selepas tindakan pantasnya menyelamatkan 228 orang di dalam pesawat.
Tentera India selamatkan kapal nelayan Iran yang dirampas lanun
Tentera India dalam satu kenyataan berkata kesemua anak kapal selamat tanpa sebarang kecederaan.
13 hilang, kapal kargo karam di Pulau Lesbos, Greece
Kapal yang membawa muatan garam itu dalam pelayaran dari pelabuhan Ad Dakhilah di Mesir ke Istanbul.
Puluhan bot terbakar di Seattle
Sebuah bangunan berhampiran turut terlibat dalam kebakaran berkenaan namun sempat diselamatkan.
Kapal perang karam: 2 anak kapal HTMS Sukhothai ditemui, 29 masih hilang
Dua daripada 31 anak kapal perang jenis korvet HTMS Sukhothai yang hilang selepas ia karam di Teluk Thailand pada Ahad malam, ditemui pasukan penyelamat hari ini.
20 anak kapal, jurumudi bot positif dadah
Operasi itu dilaksana bermula 13 November lalu hingga semalam.
Pesawat Rusia terhempas: 19 mayat mangsa dijumpai
Menurut pihak berkuasa, serpihan pesawat turut dijumpai pada petang Selasa di tepi pantai dan di laut.
Pesawat Rusia terhempas, semua 28 penumpang, kru disah terkorban
Pesawat itu dipercayai terhempas ke tebing tinggi ketika bersedia untuk mendarat dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad disebabkan cuaca buruk.
10 kru warga asing terselamat dalam insiden bot karam di Pulau Pisang
Kedua-dua bot terbabit yang membawa muatan kelapa bulat, dalam pelayaran dari Pelabuhan Sungai Guntung, Indonesia menuju ke Batu Pahat.