KUALA LUMPUR : Jumlah kes harian COVID-19 yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 5,720 kes bagi tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,887,780 kes sejak negara dilanda pandemik itu.

Mengikut data COVIDNOW setakat semalam, tujuh lagi kes kematian baharu dengan jumlah kumulatifnya sebanyak 31,992 kes.

Kes kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi dua kes kematian brought-in-dead (BID).

Sebahagian besar kes yang dilaporkan masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 5,677 kes atau bersamaan 99.2 peratus. 

Manakala selebihnya terdiri daripada pesakit kategori 3,4, dan 5 iaitu sebanyak 43 kes. 

Seramai 114 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu juga, 56 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Selain itu, jumlah kes sembuh yang direkodkan pada Khamis adalah sebanyak 3,968 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 2,794,354 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan pertambahan 15 lagi kluster baharu. 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif ketika ini sebanyak 332.