KUALA LUMPUR:Sebanyak 376 institusi pendidikan di Daerah Johor Bahru, Johor yang merupakan Zon Merah diarah tutup selama dua minggu bermula dari Ahad ini hingga 14 Nov.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan institusi terlibat ialah sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
Antara institusi pendidikan terlibat adalah 15 sekolah antarabangsa dan empat kolej vokasional.
‘’Daerah ini (Johor Bahru) telah disahkan sebagai Zon Merah COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ini (arahan penutupan) selaras dengan perutusan khas Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pada 6 Okt berhubung keputusan kerajaan menutup sekolah di kawasan yang disahkan Zon Merah,” menurut kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, semua senarai sekolah dan institusi tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.
KPM memaklumkan, sekolah dan institusi pendidikan yang mempunyai asrama juga ditutup dan ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama untuk pulang.
Bagaimanapun, bagi murid atau pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau yang ingin terus kekal di asrama, sepanjang tempoh penutupan itu akan berada di bawah penjagaan warden asrama.
"Keperluan makan dan minum mereka sepanjang tempoh itu akan disediakan oleh pihak sekolah dan institusi berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, pelajar yang dijadualkan menduduki peperiksaan antarabangsa sepanjang tempoh penutupan institusi, perlu memperoleh surat daripada sekolah masing-masing bagi menghadiri peperiksaan.
"Sepanjang tempoh penutupan ini, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.
Manual itu boleh dimuat turun di portal rasmi, www.moe.gov.my," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 30 2020
KPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan institusi terlibat ialah sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM. - Gambar fail
Sebahagian England dilanda hujan lebat dan banjir semalaman
Pejabat Meteorologi mengeluarkan amaran amber untuk kawasan Midlands dan selatan negara itu semalaman, dengan nasihat itu tamat pada 6 pagi (0500 GMT).
[TERKINI] Sarawak kuasai pegangan majoriti Affin Bank
Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd selepas majlis menandatangan Perjanjian Jual Beli melibatkan kedua-dua pihak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dimeterai pada Jumaat di Kuching Sarawak.
Tujuh resolusi ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang kepada PM - SPRM
Tujuh resolusi berhubung pembentukan ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional.
Taman Botanikal Perlis berpotensi jadi tarikan pelancongan baharu
Taman botanikal itu menjadi pusat pengumpulan koleksi tanaman nadir iaitu tanaman hampir pupus yang bertujuan mengekalkan manfaat tanaman.
Pahang pandang serius isu GISB, tiada kompromi ajaran langgar akidah dan syariah
Kerajaan negeri serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa, berhubung tindakan penguatkuasaan dan siasatan terhadap individu serta premis GISB.
China, Jepun, Korea setuju salur kepakaran pembangunan tenaga di ASEAN - Fadillah
Ketiga-tiga negara itu memaklumkan komitmen tersebut ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) 3 (China, Jepun, Korea) ke-21.
Polis buka kertas siasatan fitnah senator paksa pengawal peribadi makan khinzir
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada senator berusia 38 tahun itu pada 8.31 malam tadi.
MB Perak akan menghadap Sultan Nazrin bentang laporan kegiatan GISB
Keputusan untuk memfatwakan GISB sebagai organisasi haram hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan ketetapan.
AWANI Ringkas: GISB: Polis jejak transaksi, segala aset
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
GISB: Empat individu disambung reman tiga hari
Permohonan reman dikemukakan polis dan dibenarkan Majistret Rais Imran Hamid di Kompleks Mahkamah Kota Bharu.
Banjir lumpuhkan Manila dan beberapa kawasan
Banjir memaksa penduduk berhampiran Teluk Manila dan kawasan sungai serta pesisir di wilayah tengah dan selatan untuk berpindah.
Puluhan ribu pelajar di Brazil tidak bersekolah akibat banjir
Daripada lebih 2,000 sekolah awam negeri Rio Grande do Sul, hampir satu perlima masih ditutup melibatkan kira-kira 185,000 pelajar.
Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup
Penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
Banjir: Tiga sekolah di Johor ditutup esok
Tiga sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, SK Bukit Mutiara dan SK Sungai Tiram.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
Guru sekolah mogok, sekolah tutup di Portland AS
Para guru di sekolah-sekolah awam Portland melancarkan mogok pada Rabu menyebabkan kesemua 81 sekolah di bandar terbesar di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) itu ditutup, lapor Xinhua.
Jerebu: Sekolah diminta patuhi garis panduan - Fadhlina
Pihak sekolah diminta mematuhi garis panduan yang disediakan berikutan beberapa kawasan di negara ini telah dilanda jerebu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Sekolah di Bangladesh ditutup akibat cuaca terlalu panas
Gelombang panas berterusan menyebabkan penutupan sekolah rendah kerajaan di seluruh Bangladesh.
Waris SK Assumption mohon tempoh setahun lagi
Sekolah tersebut sepatutnya dipelihara warisannya berikutan hampir 90 tahun beroperasi.
Pascabanjir: Sesi persekolahan dua sekolah rendah di Taman Seri Muda ditunda
Dua buah sekolah rendah di Seksyen 25, Taman Sri Muda yang terkesan akibat bencana banjir dua minggu lalu, masih belum dapat memulakan sesi persekolahan hari ini.