KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,190,789 orang atau 10 peratus penduduk di negara ini sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 setakat Khamis, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ini menandakan bahawa Malaysia telah memenuhi nilai ambang pertama untuk peralihan daripada Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Bagi penduduk dewasa, 30 peratus telah menerima dos pertama manakala 13.6 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.
"Awal bulan ini, kami mengumumkan untuk memberi anggaran 300,000 suntikan pada Julai, bagaimanapun pada tiga hari lepas sebanyak 1 juta dos berjaya diberikan," katanya dalam forum 'Vaccine Advocacy Forum' pada Konvensyen Farmasi Nasional 2021 secara penstriman langsung menerusi YouTube.
BACA: 10,413,270 dos vaksin diberikan di seluruh negara setakat ini - TPM
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata jumlah dos yang lebih kecil diberikan beberapa bulan lepas adalah disebabkan oleh bekalan vaksin dan ketaksamaan global dalam pengedaran vaksin.
Khairy berkata setakat 4 Julai lepas, Malaysia telah menerima 12.6 juta bekalan vaksin iaitu AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac daripada 67 juta vaksin yang diperoleh.
"Kami masing menunggu 54 juta lagi bekalan vaksin, ini untuk menunjukkan kepada ahli farmasi bahawa ini jelas isu bekalan, bukan kapasiti dan setelah menerima bekalan, kami beroperasi dengan nisbah penggunaan 90 peratus sekarang," katanya.
Merujuk kepada data dilaporkan di negara termasuk Jerman, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Singapura, Khairy berkata jumlah kes baharu dan kematian akan menurun apabila mencapai 30 ke 40 orang yang menerima vaksin lengkap bagi setiap 100 orang (30 hingga 40 peratus penduduk divaksin sepenuhnya).
Beliau berkata pada penghujung Ogos, Malaysia akan mencapai 30 ke 40 peratus penduduk sudah lengkap menerima vaksin bagi menyaksikan penurunan kadar kematian berdasarkan data dunia.
BACA: Vaksin COVID-19: Suntikan harian cecah 340,043, tertinggi pernah direkodkan
Khairy juga menjelaskan kaedah pemerhatian data COVID-19 sebaik mencapai nilai ambang tertentu dalam vaksinasi, kerana ia adalah mitigasi untuk memastikan penduduk tidak meninggal dunia atau dirawat di hospital akibat COVID-19 berbanding penekanan kerana bilangan kes mungkin tinggi.
Memetik situasi di UK, beliau berkata kerajaan negara itu mula memantau kadar kemasukan ke hospital dan kematian walaupun merekodkan lebih 300,000 kes sehari pada masa ini berikutan varian Delta dan pembukaan negara itu.
"Kemungkinan besar kita akan mengikut trajektori itu kerana kita akan membuka kembali ekonomi, kes jangkitan mungkin masih ada tetapi apa yang kita ingin lihat ialah kadar kematian dan rawatan di hospital dikurangkan.
"Apa yang kita perlu ialah kemudahan kesihatan awam dan swasta tidak terlalu dibebani dengan kes COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 09 2021

Khairy berkata, pada penghujung Ogos, Malaysia akan mencapai 30 ke 40 peratus penduduk sudah lengkap menerima vaksin bagi menyaksikan penurunan kadar kematian berdasarkan data dunia. - Gambar fail

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.