KUALA LUMPUR:Malaysia merekodkan sebanyak 1,315 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam.
Daripada angka berkenaan, 1,310 merupakan penularan dalam negara manakala lima lagi merupakan kes import.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan media pada Sabtu memaklumkan, jumlah kes sembuh baharu adalah sebanyak 1,110 dengan jumlah kumulatif 51,314.
KKM juga merekodkan sebanyak empat kematian di mana kesemuanya adalah di Sabah.
Kes kematian pertama melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 84 tahun yang meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, manakala kes kedua merupakan seorang lelaki bukan warganegara yang didakwa berumur 130 tahun yang meninggal dunia di Hospital Tuaran.
Kes ketiga pula ialah seorang kanak-kanak perempuan bukan warganegara berusia empat tahun yang meninggal dunia di Hospital Tawau, sementara kes keempat merupakan seorang wanita berusia 60 tahun yang juga bukan warganegara yang meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.
"Negeri Sabah pada hari ini masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 476 kes (36.2 peratus), di mana 406 kes (85.3 peratus) daripada kes-kes dikesan di negeri Sabah adalah hasil saringan kluster-kluster dan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti oleh negeri Selangor sebanyak 266 kes (20.2 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 191 kes (14.5 peratus).
"Sebanyak 112 kes (8.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan
Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (99 kes), Kluster Tembok (8 kes), Kluster Penjara Reman (2 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes)," jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan tersebut, pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah seramai 118 orang dengan 43 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, kenyataan itu turut memaklumkan, sebanyak enam kluster baharu telah dilaporkan dengan keseluruhan 355 kluster sehingga 28 November.
Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 175 kluster termasuk dua kluster iaitu Kluster Menara dan Kluster Simera.
"Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 180 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes.
"Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Enggor (126 kes), Kluster Teratai (90 kes) dan Kluster Bintang (71 kes).
"Sementara kluster baharu adalah, Kluster PTS Sibuga, Kluster Tapak Bina Jesselton, Kluster Dermaga, Kluster Tempasuk, Kluster UD SS2 dan Kluster Tapak Bina Awan Baru," jelas kenyataan itu lagi.
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini
Astro Awani
Sat Nov 28 2020
Daripada angka berkenaan, 1,310 merupakan penularan dalam negara manakala lima lagi merupakan kes import. - Gambar fail/REUTERS
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Sebahagian England dilanda hujan lebat dan banjir semalaman
Pejabat Meteorologi mengeluarkan amaran amber untuk kawasan Midlands dan selatan negara itu semalaman, dengan nasihat itu tamat pada 6 pagi (0500 GMT).
[TERKINI] Sarawak kuasai pegangan majoriti Affin Bank
Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd selepas majlis menandatangan Perjanjian Jual Beli melibatkan kedua-dua pihak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dimeterai pada Jumaat di Kuching Sarawak.
Tujuh resolusi ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang kepada PM - SPRM
Tujuh resolusi berhubung pembentukan ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional.
Taman Botanikal Perlis berpotensi jadi tarikan pelancongan baharu
Taman botanikal itu menjadi pusat pengumpulan koleksi tanaman nadir iaitu tanaman hampir pupus yang bertujuan mengekalkan manfaat tanaman.
Pahang pandang serius isu GISB, tiada kompromi ajaran langgar akidah dan syariah
Kerajaan negeri serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa, berhubung tindakan penguatkuasaan dan siasatan terhadap individu serta premis GISB.
China, Jepun, Korea setuju salur kepakaran pembangunan tenaga di ASEAN - Fadillah
Ketiga-tiga negara itu memaklumkan komitmen tersebut ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) 3 (China, Jepun, Korea) ke-21.
Polis buka kertas siasatan fitnah senator paksa pengawal peribadi makan khinzir
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada senator berusia 38 tahun itu pada 8.31 malam tadi.
MB Perak akan menghadap Sultan Nazrin bentang laporan kegiatan GISB
Keputusan untuk memfatwakan GISB sebagai organisasi haram hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan ketetapan.
AWANI Ringkas: GISB: Polis jejak transaksi, segala aset
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu
Pekerja Amazon diarah kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, dengan menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka.
Makanan tradisional Bajau Seri Semporna ubati kerinduan perantau
Meskipun nasib tidak menyebelahi Azreena apabila terpaksa menutup restoran ketika musim pandemik, setahun kemudian mereka mampu bangkit kembali.
Pesta Air Kuala Perlis medium rapatkan hubungan masyarakat
Pesta Air Kuala Perlis antara acara tradisi di Perlis sejak tahun 50-an, kini kembali selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
Semua PLC perlu adakan mesyuarat agung secara hibrid atau fizikal mulai 1 Mac 2025
Semua syarikat awam tersenarai (PLC) di Bursa Malaysia perlu mengadakan mesyuarat agung secara hibrid atau fizikal mulai 1 Mac, 2025, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd.
Ini lapangan terbang miliki sambungan penerbangan terbaik di dunia
Lapangan Terbang iGA Istanbul, yang dibuka pada 2018, muncul lapangan terbang yang mempunyai sambungan terbaik di dunia.