KUALA LUMPUR: Sidang Khas Dewan Rakyat yang berlangsung selama empat hari minggu ini, kecoh dengan pelbagai gelagat dan isu yang dibangkitkan.
Jika anda terlepas, kami rangkumkan sembilan tumpuan yang menjadi fokus rakyat sepanjang ia berlangsung dari Isnin hingga Khamis lalu.
1. Speaker 'diserang'
Beberapa ahli Parlimen pembangkang menggesa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun agar membenarkan perbahasan terutama berkaitan Ordinan Darurat Tun Dr Mahathir Mohamad secara terang menyifatkan sidang parlimen itu sebagai 'majlis taklimat'.
2. Perincian PPN
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperincikan ciri penting Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang memberi tumpuan kepada strategi untuk keluar daripada ancaman COVID-19 secara selamat dan sistematik.
3. Pengakuan Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin juga mengakui, kerajaan sedia ada bukanlah kerajaan yang sempurna namun kerajaan pimpinannya tidak berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita, malah sentiasa bergerak dan bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.
4. KJ jawab perihal vaksin
Semua jenis vaksin adalah baik dan berkesan dalam mencegah jangkitan varian Delta COVID-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Beliau menjawab soalan daripada Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang bertanya vaksin mana yang berkesan untuk varian itu.
5. 'Dalam media sosial pung pang, pung pang'
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan di mana wakil UMNO, yang dilihat cukup aktif di media sosial namun tidak bersuara dalam Dewan.
6. Kecoh Azmin Ali dan placard
Isu kluster tempat kerja yang didakwa punca peningkatan kes COVID-19 menjadi panas selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan data berkaitan menerusi kad yang dibawanya, namun Gobind Singh Deo mendakwa tidak dapat membacanya yang membawa kepada pertikaman lidah.
7. Al kisah tempat duduk Tengku Razaleigh
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memohon agar tempat duduk beliau dalam Dewan Rakyat diletakkan berhampiran blok Bebas. Ini kerana beliau tidak menyokong kerajaan sekarang ini.
8. Apabila YDPA bersuara
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan meletakkan jawatan.
Ia susulan kenyataan Istana Negara yang menzahirkan rasa dukacita Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda walhal pembatalan belum lagi diperkenan.
9. Tangguh lagi
Tiga kali ditangguhkan, Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 pada Khamis ditangguhkan sekali lagi dan disambung semula pada Isnin. Ia susulan empat kes positif COVID-19 dikesan di Parlimen selepas ujian saringan RTK AG Saliva dijalankan pada hari itu.
Astro Awani
Sat Jul 31 2021

Sidang Khas Dewan Rakyat bakal bersambung Isnin. - Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara
Kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditanya sama ada bercadang untuk menambah baik syarat permohonan PPRS, supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.

Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong
Isu perpaduan kaum menjadi antara topik tumpuan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada hari terakhir sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.