CIP Qualcomm X Plus CPU 8 teras telah tertiris ke arena web menerusi ciapan @evleaks.

Ini adalah versi yang paling mampu milik keluarga Snapdragon X setakat ini dengan menyasarkan penggunaan pada komputer riba yang dijual pada harga sekitar $800 sebuah.

Cip Snapdragon X Elite dilancarkan dengan CPU 12 teras dan Snapdragon X Plus dengan CPU 10 teras.

Perubahan lain yang dilakukan pada cip ini ialah penggunaan GPU Adreno dengan kuasa memproses 1.7 TFLOPS sahaja berbanding 3.8 TFLOPS pada dua cip sebelum ini.

Selain itu, ia hanya menyokong output tiga monitor sekunder sehingga UHD 60Hz sahaja dan bukannya 4K 120Hz.

Dua persamaan ialah NPU dengan kuasa 45 TOPS bagi memenuhi spesifikasi minima untuk Copilot+ PC dan juga cip ini masih menggunakan teknologi 4nm.

Snapdragon X Plus CPU 8 teras dijangka dilancarkan di IFA Berlin minggu depan. -Amanz