Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi ramai murid Tahun Satu di beberapa sekolah selepas sesi pendaftaran dan orientasi diadakan sebagai persediaan buat mereka.
Di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2), sebahagian guru dan kakitangan mengenakan kostum khas sebagai menyambut kehadiran murid baharu mereka.
"Ini merupakan jumlah pelajar tahun satu paling ramai di sekolah ini membabitkan 360 pelajar.
"Bagi saya, cuti sekolah mereka lama, semestinya mereka banyak menonton televisyen, jadi saya hendak kembalikan mereka ke sekolah tanpa rasa takut.
"Kami kenakan kostum begini supaya mereka seronok datang sekolah dan seronok untuk belajar," kata Guru Besar yang mengenakan pakaian seperti watak Minerva McGonagall dalam filem Harry Potter.
Ternyata, sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila lebih 600 ibubapa mengiringi kehadiran anak mereka ke sekolah.
Bagi anak-anak ini, perubahan dunia yang berlaku amat mengujakan.
"Saya seronok untuk main dengan kawan, jumpa kawan dan seronok belajar dengan cikgu," kata Nursyamina Nasuha Mohd Shafie yang merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik.
Bagi Afza Amir Kusairi pula, kedudukannya sebagai anak ketiga bukan sahaja mengujakan semangatnya untuk ke sekolah, tetapi juga tak sabar untuk meneruskan hari persekolahan sebenar.
Bagi ibubapa, keyakinan yang ditunjukkan anak-anak mereka amat membanggakan memandangkan persediaan rapi dibuat sejak anak-anak ini berada di bangku prasekolah lagi.
"Anak saya nampak yakin hari ini.
"Masa tadika dulu, dia memang didedahkan untuk bergaul dengan orang, jadi bila masuk sekolah, tiada masalah untuknyam," kata Nurqiesya Hana Aminuddin yang menghantar anak sulungnya ke sekolah yang mula dibuka sejak 2008 itu.
Malah, bagi Muhammad Hafizan Ashari, anaknya bangun lebih awal dan keterujaannya dikesan ketika dalam perjalanan ke sekolah.
"Selalunya bila dia (anak Hafizan) duduk dalam kereta dia akan tidur.
"Tapi hari ni, dia duduk tegak saja. Mungkin sebab baju baru, dia tidk mahu bersandar hanya kerana tidak mahu baju berkenaan kedut," katanya sambil tersenyum.
Dalam pada itu, kehadiran Pengaarah Jabatan Pendidikan Putrajaya, Roaini Jaafar yang membuat tinjauan di sekolah berkenaan spontan memberikan maklum balas positif.
"Guru dah mainkan peranan mereka dan kejayaan ini merupakan kerja kuat guru-guru serta sistem pendidikan yang ada," katanya selepas melawat beberapa kelas pelajar tahun 1 serta proses pendaftaran yang membabitkan kesemua 84 guru di sekolah berkenaan.
Hilal Azmi
Thu Dec 28 2017

Antara tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2), yang mengenakan kostum khas sebagai menyambut kehadiran pelajar baharu mereka. - Foto Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.

Iran berminat kerjasama dengan Malaysia dalam industri filem
Sekumpulan pembikin filem Iran akan melawat Malaysia bulan depan sempena Festival Filem Iran untuk meneroka dan membincangkan peluang kerjasama.

Filem Soloz: Game of Life janjikan pengalaman segar, berbeza buat penonton
Filem Soloz: Game of Life yang memaparkan kisah benar perjalanan hidup ikon e-sukan tanah air Muhammad Faris Zakaria, menjanjikan pengalaman segar dan berbeza buat penonton.

Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.

Filem 'Abang Adik' wakili Malaysia di Anugerah Akademi ke-97
Pemilihan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu dibuat hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Finas.

Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu
Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.

Afdlin Shauki saran pengarah muda sertai komuniti PFM
PFM mampu menjadi wadah untuk menimba ilmu berkenaan kaedah yang tepat menghasilkan filem, daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.

Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau
Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.

Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.