KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini menawarkan vaksinasi COVID-19 untuk 40,000 pekerja dalam sektor pembinaan bagi mempercepat kadar vaksinasi barisan hadapan ekonomi.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara itu telah dipersetujui Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) selepas menerima cadangan pelaksanaan program vaksinasi sektor berkenaan pada 14 Jun lepas.
"Melalui program ini, pihak swasta perlu menyediakan dan membiayai sendiri pasukan petugas dan pegawai perubatan bertauliah serta pusat pemberian vaksin (PPV) manakala bekalan serta penghantaran vaksin akan diberikan secara percuma oleh kerajaan.
"Dalam hal ini, CIDB akan menyelaras dan memudah cara pelaksanaan program pemberian vaksin ini bagi pihak industri pembinaan. Ini adalah sebahagian daripada sumbangan CIDB dalam membantu penggiat industri pembinaan terutamanya pada waktu yang mencabar ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadillah berkata caj pemberian vaksin yang akan dikenakan melalui program ini ialah RM140 seorang untuk dua dos suntikan vaksin yang lengkap, dan bagi meringankan beban kewangan pihak industri, CIDB akan memberikan subsidi RM50 untuk seorang pekerja selain menawarkan secara percuma premis CIDB sebagai PPV.
"Ini bermakna majikan dalam sektor pembinaan hanya perlu membayar RM90 untuk setiap seorang pekerja yang divaksin.
"Penyertaan untuk program ini adalah secara sukarela dan dalam hal ini penggiat industri pembinaan boleh memilih untuk mengadakan program pemberian vaksin sendiri kepada pekerja mereka dengan berurusan secara terus dengan CITF," katanya.
Beliau berkata program pemberian vaksin berkenaan akan dilaksanakan di Kuala Lumpur pada 30 Jun serta seluruh Selangor pada 14 Julai.
Penggiat industri pembinaan yang ingin mendaftarkan pekerja mereka dalam program pemberian vaksin berkenaan boleh berbuat demikian bermula 21 Jun ini di laman web http://vaccine.cidblink.com atau hubungi talian 03-40428880 untuk sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021
FADILLAH: Melalui program ini, pihak swasta perlu menyediakan dan membiayai sendiri pasukan petugas dan pegawai perubatan bertauliah serta pusat pemberian vaksin (PPV). - Astro AWANI
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin.
PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.
Vaksin kanser ovari sedang dibangunkan Universiti Oxford
Vaksin OvarianVax dibangunkan oleh pasukan yang diketuai Prof Ahmed Ahmed daripada Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall Universiti Oxford.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Pemvaksinan mpox di Republik Demokratik Congo bermula 2 Okt
Usaha pemvaksinan yang akan berlangsung hingga 11 Oktober menyusul berikutan penerimaan lebih 265,000 dos vaksin daripada rakan antarabangsa.
Malaysia bakal raih potensi pelaburan industri halal bernilai RM4 bilion dari China - Ahmad Zahid
Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
69 peratus kanak-kanak di Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Pencapaian ini dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinan polio.
Lebih 160,000 kanak-kanak diberi vaksin polio di selatan Gaza - Agensi PBB
Fasa kedua kempen pemvaksinan polio bermula di Khan Younis pada Khamis, susulan kejayaan fasa pertama di kawasan tengah Gaza.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.