DENGAN beberapa insiden pencerobohan ke dalam sempadan Malaysia, darat, laut dan udara, apakah Malaysia khasnya dan Asia Tenggara umumnya menjadi medan hegemoni geo-politik kuasa besar terutama Amerika dan China.
Malaysia pernah dan sering menghadapi pencerobohan dalam pelbagai bentuk. Penyeludupan , pemerdagangan manusia, pencerobohan nelayan asing, pencerobohan pengganas dari negara asing, pencerobohan untuk membunuh serta pencerobohan operasi tentera udara asing.
Ini belum termasuk pencurian big data negara yang bertujuan mensabotaj ekonomi dan keselamatan negara.
Yang terkini adalah pencerobohan tentera udara Republik Rakyat China (PLAA ).
Negara belum selesai berbahas kenapa kerajaan Malaysia membenarkan pesawat pengintip Israel masuk ke ruang udara Malaysia beberapa hari yang lalu, tentara udara China pula dalam tidak sampai seminggu, melakukan pencerobohan udara Malaysia oleh 16 pesawat tenteranya.
Jelas insiden ini tidak dalam kategori tidak disengajakan. Ia operasi yang sangat terancang dan tahu implikasi yang bakal dihadapi.
Tentera udara Malaysia ( TUDM ) sendiri mengesan 16 pesawat yang mencurigakan di ruang udara ZMM ( Zon Maritim Malaysia ) dan berusaha memintas dengan menghubungi pesawat-pesawat itu supaya memperkenalkan diri tetapi tidak diendahkan hinggalah TUDM menghantar pesawat pemintas untuk mengenali pesawat China secara visual terhadap pencerobohan tersebut.
Tempoh masa yang singkat bila ruang udara negara dimasuki oleh pesawat bukan awam iaitu pesawat perisik Israel atas nama peraturan aviasi awam dan pencerobohan sengaja tentera udara China yang tidak mendapat kebenaran, menyebabkan suatu siasatan perlu dilakukan secara terperinci.
Rantau ini sememangnya menghadapi pertelingkahan antara beberapa negara termasuk China dalam tuntutan pulau dan sempadan laut di Laut China Selatan. Insiden beberapa kali tentera laut China berada di perairan yang dipertikaikan menyebabkan respon dari Amerika muncul atas dakwaan China menggugat kestabilan serantau.
BACA: Pesawat Tentera Udara China: Latihan atau 'pencerobohan'?
BACA: Pesawat Israel hanya lintas ruang udara, tidak dibenar berlegar atau mendarat - MOT
Walau apapun , kawasan ASEAN kini tidak bebas dari pengaruh kuasa luar. Atas nama mempertahan keamanan dan kepentingan, kuasa besar di rantau ini nampaknya sedang dipersiap untuk dijadikan medan tempur antara kuasa besar.
Sebab itu insiden pencerobohan ke atas ruang udara negara ini oleh tentera udara China baru -baru ini, perlu dilihat dari perspektif geo-politik serantau (regional) yang ingin dikuasa oleh kuasa besar antara Amerika dan China.
Sementara Amerika memiliki pusat ketenteraan di Filipina dan berusaha untuk menjalin kerjasama ketenteraan bilateral mahupun multilateral antara Amerika dan negara-negara ASEAN, tujuan utamanya lebih untuk memgimbangi pengaruh China dan mengekalkan pertahanan Amerika di rantau ini.
Malaysia terdedah kepada hegemoni geo-politik Amerika dan China. Ada anggota negara ASEAN yang rapat dengan Amerika dan ada yang rapat dengan China. Hubungan keselamatan dan ekonomi sering menjadi pertimbangan.
Kami berpendapat ASEAN yang terkenal dengan prinsip Zopfan ( Zon keamanan , kebebasan dan berkecuali) kini tidak lagi diamalkan secara praktikal. Hubungan dan kolaborasi bilteral masing-masing negara dengan kuasa besar kerap mengetepikan prinsip tersebut. Hubungan dengan kuasa besar sering mendahulukan kepentingan ekonomi dan keselamatan dari yang lain.
Menegur atau mengkritik apa yang dilakukan oleh kuasa besar biasanya dilakukan secara hubungan diplomatik. Jadi yang paling nyata dilakukan hanya menzahirkan keprihatinan, tidak lebih dari itu.
Demikianlah kaitannya dengan kepentingan Israel di rantau ini. Dalam ASEAN, kedutaan Israel ada di Myanmar, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam dan Singapura .
Melalui wujudnya hubungan yang kuat antara Amerika dan Israel, maka kepentingan Israel di ASEAN saling berkait dengan kepentingan Amerika di rantau ini. Hubungan ketenteraan antara Amerika dengan ASEAN akan diambil kira oleh Israel dan dengan sebab itu semua 6 kedutaan Israel di ASEAN sangat aktif menjalankan gerak kerja risikan melalui Mossad Israel dan CIA Amerika.
Dengan nafsu penjajahan Israel yang merupakan negara yang kecil tetapi bernafsu besar, sikap dua negara Muslim yang berpengaruh iaitu Malaysia dan Indonesia, akan dipantau oleh Israel. Usaha mengheret dua negara ini dalam usaha mengiktiraf Israel melalui perjanjian normalisasi akan dilakukan secara berterusan.
Negara kecil dan sederhana di ASEAN telah melalui perubahan geo-strategi yang besar selepas era perang dingin dan kenaikan pengaruh China.
Negara -negara ASEAN terpaksa memilih antara menentang China atau turut sehaluan dengan China dan sementara itu menyesuaikan hubungan dengan kuasa besar yang lain.
Memilih dikotomi antara bersekongkol atau mengimbangi dengan Amerika atau China cuba dielakkan oleh negara-negara ASEAN. Kebiasaannya pertimbangan ekonomi mendahului yang lain.
Walau apapun , kini Malaysia perlu menjalani pemetaan yang bijak dalam langkah geo-strategi rantau ini. Kekuatan merangka polisi hubungan diplomatik antara China , Amerika dan Israel tidak boleh hanya dipertimbangkan oleh kerajaan malah ia perlu mengambil kira sentimen rakyat. Mengiktiraf Israel sama sekali adalah garis merah yang tidak akan dikompromi oleh rakyat.
Sikap meremehkan dan memperkecil potensi ancaman akan memerangkap Malaysia dalam percaturan licik Israel dan nafsu besar kuasa Amerika dan China.
* Penulis merupakan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Mohd Azmi Abdul Hamid
Wed Jun 02 2021
Rantau ini sememangnya menghadapi pertelingkahan antara beberapa negara termasuk China dalam tuntutan pulau dan sempadan laut di Laut China Selatan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Hyundai labur RM2.16 bilion bina kilang di Kulim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
Ceroboh ruang udara: Apa agenda Israel, Amerika dan China di Asia Tenggara?
Sikap meremehkan dan memperkecil potensi ancaman akan memerangkap Malaysia dalam percaturan licik Israel dan nafsu besar kuasa Amerika dan China.