PULAU REDANG: Menceroboh perairan Terengganu di kawasan antara lima hingga 10 batu nautika.
Itu antara modus operandi nelayan Vietnam bagi mengelak dicekup Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Menurut Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, kedudukan yang hampir dengan sempadan Vietnam-Malaysia itu memudahkan mereka meloloskan diri bagi mengelak ditahan.
Katanya, nelayan asing itu sering mengambil kesempatan menceroboh dan mencuri hasil laut di perairan negara ketika nelayan tempatan tidak keluar ke laut kerana musim monsun timur laut.
"Menurut rekod dan analisis kami daripada hasil risikan, sepanjang musim tengkujuh yang sedang berlaku di perairan pantai timur ini, berlakunya pencerobohan nelayan asing," katanya di sini semalam.
Muhammad Suffi berkata, 51 bot nelayan asing ditahan di negeri itu tahun lalu kerana menceroboh dan mencuri hasil laut di perairan negara.
Sebelum ini, 131 bot yang telah lucut hak ditenggelamkan di seluruh perairan Terengganu untuk dijadikan tukun tiruan bermula tahun 2010 sehingga kini.
Jumlah tersebut melibatkan nilai rampasan sebanyak RM196.5 juta dan merupakan isyarat ketegasan APMM dalam menangani masalah pencerobohan bot nelayan asing di perairan Terengganu.
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wed Jan 19 2022

Anggota pasukan APMM membuat rondaan di perairan negara bagi mengesan nelayan asing yang menceroboh sempadan negara. - Astro AWANI

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter
Seorang individu maut manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dalam kejadian di KM 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang pada pagi Selasa.

Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.

48 individu ditahan ceroboh kebun Musang King atas tanah kerajaan
Seramai 48 pekebun dan pekerja kebun durian Musang King di daerah Raub yang dikesan menceroboh tanah kerajaan dan melanggar arahan mahkamah ditahan sepanjang 'Ops Sekat' rmula 30 April lalu.

Ceroboh zon perikanan, APMM Pulau Pinang tahan empat nelayan
Bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan terus ke lokasi di kedudukan 0.9 batu nautika tenggara Batu Maung selepas menerima aduan.

Australia tahan 15 nelayan Indonesia terbabit aktiviti perikanan haram
Kesemua anak kapal itu telah dibawa ke Darwin, Wilayah Utara (NT) Australia dan ditahan sementara siasatan dilakukan.

Padah acu pisau, ceroboh rumah warga emas
Seorang lelaki dipenjara 10 bulan selepas mengaku salah mengacu pisau dan menceroboh masuk rumah seorang warga emas.

Seorang kanak-kanak dikesan 'ceroboh' pagar White House
Kakitangan Perkhidmatan Rahsia "menemukan pelawat muda itu memasuki pagar di kawasan Rumah Putih."

Ceroboh beri imej negatif keselamatan negara
Beberapa perkara penting termasuk isu memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di pintu masuk negara akan dijelaskan.

ATB 2 siap siaga kekang elemen luar, ambil kesempatan ketika PRU15
ATB 2 menjalankan operasi sedia ada bagi memastikan sempadan perairan negara tidak diceroboh.