GAWING berusia 19 tahun ketika dia mula-mula tiba di Johor pada 1993. Pemuda Iban/Kristian ini tentunya tidak menyangka, suku abad kemudiannya, dia masih tinggal dan bekerja di Johor Baru.

Membesar di kalangan masyarakat rumah panjang terpencil di Sarawak (hampir 250km dari Kuching) dan merupakan anak lelaki sulung kepada seorang peladang lada hitam yang hidup sukar, dia bernasib baik menjadi penerima biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan awam.

Salah satu perkara pertama yang disedarinya di Johor ialah, bagaimana masyarakat pelbagai kaum di negeri itu kelihatannya hidup sendiri-sendiri.

"Sarawak adalah tempat yang amat menerima dan hidup dalam pelbagai kaum - kami berhimpun bersama tanpa mengira sama ada ia restoran Cina atau mamak (kedai kopi mamak), tetapi di Johor, ia amat berbeza."

Tentunya pada masa itu, Malaysia - gabungan Persekutuan Tanah Melayu (semenanjung) dan negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak - baru wujud kira-kira 30 tahun (sejak 1963). Dengan dua bahagian negara itu terbahagi oleh Laut China Selatan, kebanyakan 'orang Malaysia' biasa mempunyai gambaran sedikit bagaimana keadaan di sebelah sana lautan.

Gawing sedang ditemu bual. Pasukan Ceritalah

Pada mulanya, Gawing hanya berhasrat untuk tinggal di Johor untuk mendapatkan ijazahnya dan kemudian kembali ke Sarawak. Bagaimanapun, beliau cukup bernasib baik untuk mendapat pekerjaan di Johor Baru sebaik saja memperoleh ijazah, maka beliau terus tinggal di situ. Ketika itu, Johor telah berkembang pesat, menawarkan peluang dan prospek yang besar (jauh melangkaui apa saja yang Sarawak dapat berikan dengan ekonomi sumber aslinya yang dikawal ketat dan berkontroversi) dan juga amat sealiran dengan Singapura, di seberang tambak.

Kini bekerja untuk syarikat minyak dan gas (satu pekerjaan yang amat disukainya), berkahwin dan mempunyai tiga orang anak, Pasukan Ceritalah berasakan bahawa Gawing adalah seorang yang tenang dan bersahaja. Beliau memilih kata-katanya dengan hati-hati dan menjelaskan: "Johor adalah kediamannya, tetapi Sarawak adalah kampungnya (dan tempat lahirnya)."

Pun begitu, kisah Gawing - mengenai penghijrahannya, kepelbagaian (dari segi bahasa dan agama) dan bergerak dari satu dunia di mana dia sebahagian daripada majoriti kepada hidup sebagai minoriti - ialah, rakyat Malaysia, terutama orang Islam yang lebih konservatif, cenderong untuk tidak ambil peduli.

Peniaga menjual berbagai jenis sayuran. Pasukan Ceritalah

Ia adalah juga sebahagian penting dalam DNA negara, dan malah merupakan kunci kepada masa depan yang lebih progresif dan dinamik.

Menurut banci 2010, terdapat kira-kira 342,900 orang Malaysia Timur tinggal di semenanjung. Angka ini dirasakan telah meningkat dengan banyaknya sejak sekad-dekad lalu. Tentunya bilangan besar laluan udara menyeberangi Laut China Selatan mewujudkan integrasi yang bertambah.

Tentunya, orang Sabah dan Sarawak seperti Gawing hidup di semenanjung boleh memberi pengaruh langsung kepada persekitaran yang hampir padanya. Tetapi selain itu, mereka juga bertindak sebagai saluran maklumat yang penting -- ingatlah sekarang ini adalah zaman media sosial -- untuk kawan dan ahli keluarga di kampung, membentuk pandangan dan pendapat.

Pintu masuk Gereja Calvary City di Kota Masai. Pasukan Ceritalah

Ini adalah lebih penting daripada bila seseorang sedar bahawa satu suku kerusi di Parlimen Malaysia dikhaskan - di bawah perlembagaan -- untuk dua negeri itu.

Pada waktu sama, Malaysia Timur juga mempunyai bahagian terbesar Bumiputera bukan islam (seperti Gawing). Bagaimanapun, di Malaysia pada keseluruhannya, kebanyakan Bumiputera adalah sebenarnya orang Islam dan Melayu. Sebagai perbandingan, Sarawak -- negeri yang paling banyak menghantar Ahli Parlimen ke Parlimen Persekutuan, -- sebanyak 42 % daripada penduduknya adalah Kristian dan hanya 32% adalah Islam.

Pasukan Ceritalah berjumpa Gawing (yang bermain organ) untuk upacara agama pada Ahad malam. Ia merupakan pengalaman yang bertenaga dan berancak tinggi dengan cahaya-cahaya bergemerlapan, menyanyi dan menari. Bagaimanapun, aspek paling menarik pada upacara itu ialah ia dilakukan sepenuhnya dalam bahasa Melayu (ada juga upacara dalam bahasa Iban yang berasingan).

Keadaan di dalam Gereja Calvary City di Kota Masai. Pasukan Ceritalah

Kini, pada fikiran saya, bahasa yang digunakan oleh seseorang dalam beribadat ialah bahasa yang paling ditinggikan dan intim. Lagipun, kebanyakan Bumiputera bukan Islam malah merujuk Tuhan sebagai 'Allah'.

Maka pada masa itu bila banyak lagi orang Malaysia lain mengalihkan perhatian mereka terhadap bahasa Melayu -- menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan kolej ke bahasa penghantarnya Cina, Tamil atau inggeris, orang Malaysia Timur menongkah arus. Komitmen mereka pada bahasa kebangsaan adalah berakar mendalam dan tidak dapat digugat. Menariknya, kesemua tiga kanak-kanak Gawing telah dididik di sekolah-sekolah kebangsaan.

Ketika mana Pasukan Ceritalah mengubah perbincangan itu pada hal ehwal semasa dan politik dengan bertanya Gawing mengenai pilihan raya kecil Tanjung Piai baru-baru ini dan kemenangan amat besar Barisan Nasional, beliau tidak terpesona: "Ini adalah Johor, orangnya lurus, jika mereka mahu membuang kamu, mereka akan buang kamu."

Anwar Ibrahim menghadiri sesi 'Sembang Santai dan Ramah Mesra' pada kempen pilihan raya kecil Tanjung Piai. Pasukan Ceritalah

"Bagaimanapun, kami perlu bersabar. Perubahan tidak boleh berlaku semalaman dan kami patut memberi Pakatan Harapan (kerajaan sekarang) lebih banyak masa."

Maka, Gawing mungkin bukan contoh terbaik. Beliau adalah lebih merupakan warga masyarakat tetapi lelaki dan wanita seperti beliau yang menyebabkan perbezaan besar pada kehidupan semua kita -- mereka adalah "peserta" dan "pelaksana" .

Maka ketika kuasa politik di Malaysia terus berpecah dan berkecai, adalah diharapkan bahawa orang Sabah dan Sarawak akan mengenakan pengaruh yang lebih besar -- menyuntik pandangan mereka yang lebih inklusif dan progresif ke atas semenanjung.

Peniaga di Pasar Borneo menjual makanan dan kuih-muih tempatan. Pasukan Ceritalah


* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.