KUALA LUMPUR:Cercaan, hasutan dan carutan oleh netizen dalam media sosial dilihat sudah menjadi penyakit mental nombor satu di negara ini dan memerlukan satu tindakan undang-undang yang lebih tegas dan agresif.
Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara Senator Datuk Razali Idris yang menzahirkan kebimbangan itu mencadangkan satu rang undang-undang baharu berkenaan cercaan, hasutan dan carutan perlu diperkenalkan atau dengan meminda undang-undang sedia ada dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
"Dalam hal ini, Parlimen juga boleh menggubal undang-undang menurut Perkara 10(2)(a) untuk menyekat kebebasan bersuara sekiranya ia berkenaan beberapa perkara antaranya, berkaitan keselamatan dalam negeri, prinsip moral, ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Razali berkata kaukus itu juga yakin bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tindakan lebih tegas di bawah AKM 1998, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Kanun Keseksaan (Akta 574) serta Akta Jenayah Komputer 1998 bagi mereka yang menyalahgunakan platform media sosial serta hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Peguam untuk pendakwaan.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia menegaskan, kaukus mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir netizen yang menunjukkan sikap ekstrem, melampau dan tidak patriotik dalam platform media sosial terhadap institusi beraja, institusi Perdana Menteri dan negara yang cenderung menjejaskan kesejahteraan rakyat.
"Terbaharu cercaan, hasutan dan carutan netizen terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu lawatannya ke Indonesia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima serta tidak melambangkan sifat sopan santun dan tatasusila yang baik," tegasnya.
Walaupun rakyat Malaysia bebas mengeluarkan pendapat dan pandangan, namun ada batasannya serta tidak melanggar undang-undang yang digubal di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menambah kebebasan bersuara adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi rakyat Malaysia hendaklah menunjukkan tingkah laku terpuji iaitu kesopanan dan kesusilaan serta tolenrasi untuk dijadikan pegangan kukuh bagi menghormati institusi beraja, perdana menteri dan negara Malaysia.
Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan rakyat menunjukkan tingkah-laku disiplin dan patriotisme yang tinggi, tidak kira di mana sahaja mereka berada kerana ia merupakan asas yang diajar sejak di bangku sekolah.
"Ini termasuklah soal menghormati pucuk kepimpinan tertinggi negara seperti YAB Perdana Menteri sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021

RAZALI: Walaupun rakyat Malaysia bebas mengeluarkan pendapat dan pandangan, namun ada batasannya serta tidak melanggar undang-undang yang digubal di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.

Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.

Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.

Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.

Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.

Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.

'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.

Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.

Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.

Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.

Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.