Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya memuji profesionalisme anak kapal Penerbangan MH192, yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang awal pagi semalam.
Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 10.09 malam menuju ke Bangalore, India tetapi berpatah balik ke KLIA apabila mengalami masalah pada gear pendaratannya.
Pesawat itu, yang membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal, selamat melakukan pendaratan kecemasan di KLIA pada 1.56 pagi semalam.
Ahmad Jauhari juga berada di KLIA untuk menemui penumpang dan anak kapal semasa mereka turun dari pesawat, katanya dalam kenyataan MAS di sini, hari ini.
"Tiada keadaan yang kelam-kabut atau cemas, semua pihak memberi pujian tertinggi terhadap kecekapan dan profesionalisme juruterbang, pegawai pertama dan anak kapal.
"Saya berbangga dengan pasukan ini dan cara mereka menangani keadaan dalam Penerbangan MH192 awal pagi tadi," kata beliau.
Sementara itu, seorang penumpang, Pritesh Jain yang duduk di tempat duduk 22A berkata beliau mendengar bunyi kuat sejurus pesawat berlepas dan pesawat itu juga bergegar.
"Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena. Juruterbang pantas bertindak dan mereka terus berkomunikasi dengan kami," kata Pritesh yang bersendirian menaiki penerbangan itu.
Seorang lagi penumpang sendirian, Basavaraj Udapud berkata komunikasi dari kokpit dilakukan secara berterusan dan anak kapal juga menunjukkan demostrasi pendaratan kecemasan.
"Semua yang berada dalam pesawat membaca doa tetapi keadaan dalam pesawat amat tenang dan terkawal.
"Anak kapal dapat menanganinya dengan baik sekali. Semua orang memberi sorakan dan tepukan kepada Kapten apabila pesawat akhirnya berhenti. Ia pengalaman yang menakutkan," kata beliau.
Sementara itu, MAS berkata pihaknya sedang menyediakan laporan mengenai insiden MH192 untuk dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan.
Bernama
Tue Apr 22 2014
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Roda nombor tiga MH192 pecah semasa berlepas
Pesawat itu ketika ini ditempatkan di bahagian Kejuruteraan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk pemeriksaan lanjut dan baik pulih.
CEO MAS puji anak kapal penerbangan MH192
CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya memuji profesionalisme anak kapal Penerbangan MH192, yang terpaksa berpatah balik ke KLIA pagi semalam.
MH192 selamat mendarat di Lapangan Terbang Bengaluru
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH192 tiba di Lapangan Terbang Bengaluru di sini pada 5 petang ini.
MH192: Bukti juruterbang MAS cukup latihan - Kapten Nik Huzlan
Datuk Kapten Nik Huzlan menegaskan kejayaan melakukan pendaratan kecemasan bukti juruterbang MAS mempunyai cukup latihan.
MH192: Rakaman percakapan juruterbang dan ATC
Berikut adalah sebahagian rakaman percakapan antara juruterbang MH192 dan Pengawal Trafik Udara (ATC).
MH192: Hishammuddin puji kecekapan juruterbang
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan turut berada di KLIA sewaktu pendaratan cemas pesawat MAS dan menyambut semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.
Pesawat MH192 selamat mendarat di KLIA 1.56 pagi tadi
Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 1.56 pagi tadi.