USAHAWAN dan influencer Carl Samsudin yang menjadi kontroversi lantaran sikapnya yang disifatkan biadab terhada seorang gelandangan warna emas mahu memadamkan 'api kemarahan' orang ramai dengan tampil membuat permohonan maaf.
Permohonan maaf tersebut ditulis anak muda itu menerusi platform Instagramnya, @carlsamsudin pada Khamis.
Menggunakan latar hitam dan tulisan berwarna putih, Carl memulakan permohonan maafnya dengan menuliskan: "I'm sorry Malaysia."
Dia kemudian menjelaskan tidak pernah berniat menghina sesiapa terutama warga emas yang dikunjungi di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur seperti dalam video tular miliknya.
"Selama saya hidup saya tidak pernah berlaku biadab kepada sesiapa, terutama warga tua. Saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan," tulisnya.
Sambil meminta maaf berulang kali, Carl mengatakan tujuan hidupnya adalah ingin membantu kepada pihak yang memerlukan. Lantaran itu dia mempertahankan tindakannya yang menghulurkan bantuan kepada pihak memerlukan termasuk kumpulan gelandangan tersebut.
"Sejujurnya sebelum, semasa dan selesai bercakap, saya menyantuni uncle dan semua gelandangan dengan baik dan mereka gembira pada hari tersebut.
"Sebab itu saya tidak terfikir akan ada sesuatu yang kurang baik dari video tersebut dan saya post di media sosial saya. Saya mohon maaf.
"Tidak pernah terlintas di minda saya untuk menghina mereka yang memerlukan bantuan kerana saya juga pernah susah dan memerlukan bantuan orang ramai dahulu.
"Untuk apa saya bersusah payah membantu mereka jika untuk menghina mereka," tulisnya panjang lebar.
BACA: Mana pelitup muka? Lelaki dalam video tular didakwa 'perlekeh' warga emas, dikompaun RM1,500
Carl kemudian mengatakan dia ingin berjumpa kembali dengan warga emas yang telah 'dimalukannya' untuk memperbetulkan kesilapan dan meminta maaf.
Pada masa sama, mengaku tidak memakai pelitup muka pada hari kejadian dan telah dikompaun sebanyak RM1,500 dia juga memohon maaf kerana sikap tidak bertanggungjawabnya itu.
Sejak semalam tular potongan video kurang 50 saat yang menyaksikan Carl hadir ke pusat tersebut untuk memberi ceramah motivasi dengan tajuk Ubah Hidup kepada 20 orang gelandangan.
Bagaimanapun sikap Carl yang bercakap dengan nada tinggi, memberi RM50 kepada seorang warga emas yang berani tampil ke hadapan dan bertanyakan soalan kurang sopan dinilai biadab sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.
- Gempak.com \ Maliah Surip
Gempak
Thu Jul 29 2021
"Untuk apa saya bersusah payah membantu mereka jika untuk menghina mereka," tulis Carl di Instagramnya. - Gempak.com
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
Carl Samsudin minta maaf, dakwa selama hidup tak pernah biadab
Menggunakan latar hitam dan tulisan berwarna putih, Carl memulakan permohonan maafnya dengan menuliskan: "I'm sorry Malaysia."