KUALA LUMPUR: Capaian perkhidmatan rangkaian 5G di Selangor telah mencapai 95.9 peratus sehingga Disember lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata peratusan capaian itu adalah amat baik, khususnya kepada negeri yang ekonominya berasaskan kepada perindustrian serta perusahaan kecil dan sederhana (SME) seperti Selangor.
Bagaimanapun katanya maklum balas daripada syarikat telekomunikasi mendapati masih banyak dalam kalangan pemain industri dan SME yang belum memanfaatkan sepenuhnya kelebihan rangkaian 5G itu.
"Satu daripada masalah yang dihadapi adalah kadar penggunaan dalam kalangan industri, didapati masih banyak syarikat dan pemain industri belum memanfaatkan sepenuhnya rangkaian 5G bagi tujuan perindustrian.
"Dalam hal ini, patik bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan terus berhubung dengan pemain industri terutama di kawasan-kawasan perindustrian untuk memastikan mereka memanfaatkan kemudahan ini sebaiknya," katanya di sini.
Fahmi berkata demikian ketika menyembah maklum berhubung pelaksanaan 5G kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan berangkat melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini. Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Hadir sama Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pengarang Bernama (menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif) Nur-ul Afida Kamaludin, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Ekonomi) Nasriah Darus serta pegawai-pegawai kanan Bernama.
Fahmi berkata usaha kementerian itu melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memastikan rangkaian 5G dilaksanakan dengan baik di seluruh negara seharusnya disambut oleh semua pihak, khususnya pemain indsutri.
"Dengan keupayaan kesalinghubungan rangkaian 5G yang boleh mencapai lingkungan 1,000 peranti dalam satu 'connection', maka sewajarnya pemain industri kita berubah daripada penggunaan 4G kepada sesuatu perkhidmatan yang lebih efisien," katanya.
Sementara itu Fahmi berkata lapan juta daripada 45 juta akaun pengguna telefon mudah alih di Malaysia memiliki peranti yang menyokong 5G, sehingga akhir November tahun lepas.
Beliau berharap pencapaian positif dapat dimanfaatkan sepenuhnya negeri-negeri yang berindustri tinggi termasuk Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024

Fahmi berkata demikian ketika menyembah maklum berhubung pelaksanaan 5G kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan berangkat melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini. - Foto Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.