Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri ini supaya menghentikan semua projek pembinaan melibatkan kawasan bukit berikutan kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong di sini yang menyebabkan empat pekerja asing maut, tiga cedera dan sembilan dikhuatiri tertimbus hidup-hidup.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata kerajaan negeri perlu berbuat demikian sehinggalah pemeriksaan keselamatan dan alam sekitar sewajarnya selesai dilakukan bagi memastikan semua langkah diambil bagi mengelak berlaku lebih banyak tragedi.
Menurut beliau, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) perlu mengaku kesilapan dan bertanggungjawab tentang apa yang berlaku berikutan kegagalannya dalam membuat pengawasan dan pemantauan sepenuhnya hingga mengakibatkan berlakunya tragedi melibatkan projek kerajaan itu.
"Walaupun perintah berhenti kerja dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) beberapa hari selepas sejumlah rasuk bagi pembinaan jalan raya di tempat berkenaan runtuh, namun ia jelas menunjukkan tiada langkah keselamatan dan pencegahan diambil di tapak pembinaan itu untuk melindungi keselamatan pekerja dan mencegah berlaku sebarang nahas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, tanah runtuh berlaku di tapak pembinaan lebuh raya Jalan Bukit Kukus berharga RM545 juta bagi menghubungkan Paya Terubong-Relau, selepas kejadian 14 rasuk konkrit, masing-masing berukuran 25m panjang, terjatuh di lereng bukit di tapak pembinaan sama Khamis lepas.
Projek bermula pada 2016 itu dilaksanakan tiga pihak bagi menjimatkan kos iaitu MBPP, PLB Land Sdn Bhd dan Geo Valley Sdn Bhd, manakala kejadian tanah runtuh semalam berlaku di bahagian dikendalikan MBPP.
Mohamed Idris berkata MBPP sepatutnya diawasi Jawatankuasa Pembangunan Tanah Berisiko peringkat negeri bagi projek berisiko tinggi seperti yang terkandung dalam Garis Panduan Pembangunan Lereng Bukit Pulau Pinang 2012, yang mewajibkan pihak berkuasa berkenaan melakukan pemantauan dan penguatkuasaan sewajarnya, termasuk MBPP, bagi semua projek melibatkan bukit, walaupun ia merupakan projek kerajaan seperti di Bukit Kukus.
Malah, kata beliau, MBPP mempunyai sebuah unit geoteknikal serta pakar yang sepatutnya meneliti semua projek di lereng bukit dan memastikan langkah sewajarnya dipatuhi.
"Tetapi, tragedi terbaru ini berlaku juga, tidak lama selepas kejadian tanah runtuh di Tanjung Bunga berlaku setahun lepas dan beberapa rasuk lebuh raya yang sedang dibina runtuh di Bukit Kukus, hanya beberapa hari lepas.
"Ini mendedahkan dengan jelas bahawa negeri ini dan MBPP tidak langsung mempunyai kemampuan bagi memastikan projek di lereng bukit, termasuk projek jalan raya seperti ini, dapat dilaksanakan secara selamat," katanya.
Beliau berkata memandangkan negeri ini dan pihak berkuasa perbandaran kurang berkemampuan, maka bantuan patut didapatkan daripada kerajaan persekutuan atau negeri lain untuk membuat pemeriksaan dan pemantauan serta mengambil langkah penguatkuasaan semua peraturan.
Mohamed Idris juga mencadangkan agar pihak berkuasa segera membuat pemeriksaan di tapak pembinaan itu serta bertindak bagi memastikan semua langkah diambil bagi mencegah kejadian runtuhan lereng bukit dan tanah runtuh berlaku sebelum kerja pembinaan disambung semula.
"Kerajaan Pulau Pinang juga perlu berhenti daripada terus memberi kelulusan untuk projek melibatkan tanah dan lereng bukit, termasuk projek kerajaan sendiri dan yang terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang," katanya.
Pada 21 Okt tahun lepas, tanah runtuh berlaku di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah yang meragut nyawa 11 pekerja terdiri daripada seorang rakyat tempatan, lima Bangladesh, dua Indonesia, dua Myanmar dan seorang warga Pakistan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 20 2018
Kerajaan negeri perlu hentikan projek libatkan bukit sehinggalah pemeriksaan keselamatan dan alam sekitar sewajarnya selesai. -FACEBOOK/@Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Titah Adendum: UMNO yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas, adil
UMNO yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil
untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum, jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataannya pada Jumaat.
#AWANInews
untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum, jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataannya pada Jumaat.
#AWANInews
Polis mohon bantuan kesan Noor Amni Nazaranee
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Bukit Puchong, Putra Perdana di sini semalam.
ASEAN-Malaysia 2025 [7/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengurus insurans rugi RM1.393 juta terperdaya pelaburan dalam talian
Seorang pengurus insurans mengalami kerugian RM1.393 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan saham dalam talian, November lepas.
ASEAN-Malaysia 2025 [8/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
"Petaling Street" sekali lagi digempur, 34 pendatang tanpa izin ditahan
Jalan Petaling di sini, yang menjadi antara lokasi panas penjualan barangan tiruan melibatkan warga asing, sekali lagi digempur oleh JIM Kuala Lumpur menerusi operasi KL Strike Force", petang tadi.
Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas
Badan kehakiman di Sabah dan Sarawak merekodkan pencapaian cemerlang pada 2024, dengan kedua-dua negeri menunjukkan kadar penyelesaian kes yang memberangsangkan pada semua peringkat mahkamah.
ASEAN-Malaysia 2025 [9/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
It's About YOUth: Shaping the Future: Girls in Robotics
Nuha Amani and Nuha Rumaisa from Tunku Kurshiah College's Team Ensis Kogeki wowed the nation with their stunning match victory in Japan. They share their passion for robotics and hope to inspire more young girls to dive into STEM and robotics.
JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.
Wanita maut terjatuh dari tingkat 18 kondominium
Mayat wanita berusia 35 tahun itu ditemui terdampar di atas bumbung bilik panel suis milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sebahagian jalan berkembar Bukit Kukus dibuka pada pertengahan 2020
Zairil Khir Johari berkata sepanjang 2.8km daripada keseluruhan lima kilometer jalan berkembar itu telah siap 75 peratus.
Jika diteruskan, boleh cetus malapetaka besar - Pakar
Jika projek itu diteruskan, ia sangat bahaya berikutan kemungkinan akan berlaku runtuhan yang menyebabkan malapetaka besar.
CAP gesa kerajaan Pulau Pinang henti semua projek libatkan bukit
Kerajaan negeri perlu berbuat demikian sehinggalah pemeriksaan keselamatan dan alam sekitar sewajarnya selesai dilakukan.