JOHOR BAHRU: Jumlah calon Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2022 Sekolah Agama Kerajaan Johor yang memperoleh keputusan cemerlang dengan tujuh agregat menunjukkan penurunan kepada 79 orang berbanding 135 orang pada tahun sebelumnya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata jumlah calon lulus keseluruhan juga menunjukkan penurunan iaitu seramai 11,622 orang, berbanding 16,429 pada tahun sebelumnya, manakala yang gagal adalah seramai 8,406 orang.
Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan penurunan ialah anak-anak terpaksa melalui pengajian agama secara atas talian semasa COVID-19 sekali gus menyumbang kepada penurunan prestasi mereka.
"Ini bukan alasan, tetapi itulah fakta yang berlaku dan pendidikan secara atas talian berbanding pendidikan fizikal pasti ada kekangan. Kita mengaku bahawa pendidikan formal secara fizikal adalah yang terbaik. Ini adalah kesan yang kita terpaksa akui berlaku.
"Selain daripada kesan pendemik, ia juga akibat daripda kekurangan guru-guru yang berlaku," kata beliau kepada pemberita ketika mengumumkan keputusan peperiksaan SDKA di Pusat Islam Iskandar Johor, di sini, hari ini.
Mohd Fared berkata pada tahun ini bilangan calon yang mendaftar untuk peperiksaan SDKA 2022 adalah seramai 20,808 orang namun hanya 20,028 calon hadir menduduki peperiksaan sijil berkenaan.
Beliau berkata daerah Pontian kekal menjadi daerah terbaik SDKA 2022 dengan peratus kelulusan sebanyak 76.75 peratus dan Gred Purata Skor (GPS) 2.64 manakala sekolah cemerlang SDKA kali ini adalah Sekolah Agama Penjara Simpang Renggam dengan mencatat GPS 1.09.
Sementara itu Shahizatul Arianie Shahrul daripada Sekolah Agama Taman Sri Saujana Kota Tinggi yang memperoleh tujuh agregat iaitu 12A1 dalam 12 mata pelajaran, dinobatkan sebagai pelajar terbaik peperiksaan SDKA 2022.
Dalam perkembangan lain, Mohd Fared berkata kumpulan pertama jemaah haji dari Johor melibatkan 142 orang akan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) Senai, pukul 8 malam esok.
"Nasihat saya kepada jemaah haji, harap jaga kesihatan dan buat persediaan secukupnya, pastinya keadaan di sana lebih panas daripada biasa, jadi kena rujuk dengan doktor Tabung Haji, kalau tidak sihat hubungi pihak Tabung Haji di sana jika tidak sihat," tambah beliau yang akan sama-sama bertolak dengan kumpulan pertama itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Mohd Fared berkata jumlah calon lulus keseluruhan juga menunjukkan penurunan iaitu seramai 11,622 orang, berbanding 16,429 pada tahun sebelumnya. - Fail/Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Calon SDKA 2022 Johor peroleh keputusan cemerlang 7 agregat menurun kepada 79 orang
Jumlah calon Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2022 Sekolah Agama Kerajaan Johor yang memperoleh keputusan cemerlang dengan tujuh agregat menunjukkan penurunan kepada 79 orang.

137 pelajar Darjah Khas Agama Johor cemerlang, peroleh tujuh agregat
Seramai 137 calon Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2021 dari Sekolah Agama Kerajaan Johor memperoleh keputusan cemerlang dengan tujuh agregat, berbanding hanya 66 orang pada tahun sebelumnya.