KUALA LUMPUR: Cadangan mewajibkan pembayaran elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri di sektor swasta seperti yang dilaksanakan sektor awam akan dibawa ke Kabinet untuk perbincangan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau berkata Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia perlu berbincang mengenai kelebihan dan kekurangan dalam memperluaskan pelaksanaan cadangan itu kepada sektor swasta.
"Buat masa ini kerajaan tidak mewajibkan mana-mana syarikat swasta untuk membayar elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri.
"Bagaimanapun kerajaan amat menggalakkan agar syarikat swasta mencontohi kerajaan dalam melaksanakan pembayaran elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata pada masa ini kementerian mengambil maklum pelaksanaan cadangan itu adalah tidak sesuai kerana kebanyakan syarikat swasta masih dalam proses pemulihan pasca COVID-19.
Yeoh berkata langkah mewajibkan pembayaran elaun oleh sektor swasta ketika syarikat berada dalam tempoh pemulihan ini juga boleh menyebabkan kekurangan peluang kepada belia menjalani latihan industri.
"Sebagai contoh, berdasarkan data yang saya ada di KBS semasa pandemik COVID-19 pada 2020, 81 orang (pelajar) memohon (untuk latihan industri) tetapi kita hanya boleh terima 19 orang kerana tertakluk kepada kewangan sedia ada.
"Pada 2021, 85 orang memohon untuk buat latihan industri, tetapi disebabkan kekangan kewangan kita hanya boleh terima 47 orang... bermaksud kalau tidak diwajibkan pembayaran (elaun) kemungkinan besar syarikat atau agensi boleh beri peluang kepada semua untuk berlatih (latihan industri)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (kanan) bercakap pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Cadangan wajib pembayaran elaun latihan industri sektor swasta dibawa ke Kabinet - Hannah
Cadangan mewajibkan pembayaran elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri di sektor swasta seperti yang dilaksanakan sektor awam akan dibawa ke Kabinet untuk perbincangan.