Cadangan pertukaran kecil portfolio menteri yang dipertimbangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin usaha terbaik untuk menambahbaik dan meningkatkan prestasi kementerian, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata semua pihak perlu berlapang dada dan menyerahkan kepada kebijaksanaan perdana menteri memutuskan langkah terbaik mengikut keperluan semasa kerajaan dan masyarakat.
"Selepas lebih setahun, Perdana Menteri lihat kemungkinan bagi beliau untuk tambah baik dan tingkatkan prestasi kerajaan, di mana antara perkara yang disebut ialah menyesuaikan portfolio kementerian," katanya mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang memikirkan untuk melakukan pertukaran portfolio anggota Kabinet.
Saifuddin yang ditemui pada majlis mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan bersama anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang di restoran d'Tandoor di sini pada Jumaat, Saifuddin Nasution berkata selaku anggota Kabinet beliau menghormati apa sahaja keputusan yang dibuat perdana menteri.
Pada Khamis, Dr Mahathir ketika ditanya mengenai laporan akan berlaku rombakan Kabinet pada bila-bila masa dilaporkan berkata beliau ada menyatakan kepada jemaah menteri tentang cadangan melakukan sedikit pertukaran portfolio di kalangan anggotanya cuma belum berbuat demikian.
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR menggesa pimpinan parti yang dipilih melalui pemilihan parti menghormati mandat yang diberikan ahli dengan menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin termasuk menghadiri mesyuarat parti.
"Saya berpegang kepada setiap jawatan datang dengan amanah, apatah lagi jalan untuk mendapatkannya adalah melalui pemilihan dalam pertandingan," katanya mengulas keputusan Lembaga Disiplin PKR bahawa Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan dikenakan tindakan disiplin walaupun tidak hadir ke mesyuarat parti termasuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP) beberapa kali.
Malah, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kasim dilaporkan berkata keputusan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Mohamed Azmin terletak di bawah bidang kuasa Setiausaha Agung parti.
Mengulas kenyataan itu, Saifuddin Nasution berkata beliau memilih untuk berhubung terus dengan Mohamed Azmin bagi menyampaikan apa-apa pandangan dan ia langkah yang difikirkan memadai buat masa sekarang.
Katanya beliau masih menjaga hubungan dengan Mohamed Azmin kerana mereka memiliki sejarah hubungan yang panjang, sebagai aktivis parti yang paling awal memulakan perjuangan PKR.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 23 2019

Saifuddin menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan, Kajang semasa majlis bersama anak-anak yatim di Ayer 8 @ 8 Putrajaya, 23 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Chad umum Kabinet baharu
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.

Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.

Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.

Pulau Batu Puteh: Laporan RCI mahu ‘tuju’ kepada saya seorang - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan laporan RCI mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan seolah-olah mahu menunjukkan dirinya seorang sahaja yang bertanggungjawab.

Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.

Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.

Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden Prabowo Subianto.

108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.

Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.