KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan bagi menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram berbanding RM2.70.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara itu akan dibawa kepada Kementerian Kewangan (MoF) untuk dipertimbangkan selain bagi melihat kemampuan kerajaan untuk melaksanakannya.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, berkata ketika ini pekebun-pekebun kecil di seluruh negara memohon agar harga lantai getah sekerap dapat dinaikkan kepada RM3 susulan kenaikan harga input perladangan dan sebagainya.
“Alasan untuk menaikkan harga getah sekerap itu adalah disebabkan harga input perladangan ketika ini semakin naik terutamanya baja.
“Dari situ, pekebun-pekebun kecil ini melihat bahawa untuk mendapat balik pulangan modal, harga lantai bahan mentah itu perlu dinaikkan pada RM3.
“Oleh itu saya akan bawa perkara ini kepada peringkat Kabinet dan mencadangkan kepada Kementerian Kewangan untuk melihat sama ada ia boleh dipertimbangkan atau tidak, berdasarkan kepada kemampuan sedia ada kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan Program Trek Komoditi di sini pada Sabtu.
Pada majlis berkenaan, Fadillah turut menyempurnakan sesi ‘ flag-off’ atau pelepasan di lokasi Pokok Getah Pertama Malaya, di Jalan Tun Razak, di sini sebagai gimik perasmian program.
Pada Pembentangan Belanjawan 2023 Februari lalu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga lantai getah RM2.70 sekilogram berbanding RM2.50 sebelumnya.
Mengulas tentang program, Fadillah berkata Trek Komoditi dilaksanakan sebagai medium turun padang kementerian untuk mendekati pekebun kecil dan pemain industri komoditi.
"Ini adalah peluang kita berjumpa dengan pihak kerajaan negeri di mana kita boleh bertukar pandangan serta mendapatkan maklum balas daripada keseluruhan rantaian komuniti daripada pihak kerajaan, sama ada di peringkat negeri mahupun di daerah," jelasnya.
Bermula dengan siri pertama di Zon Utara Semenanjung pada 10 hingga 12 Jun, program berkenaan dijangka akan diteruskan ke wilayah Sabah dan Sarawak pada Julai serta Ogos tahun ini.
Amirrul Rabbani
Sat Jun 10 2023

Ketika ini pekebun-pekebun kecil di seluruh negara memohon agar harga lantai getah sekerap dapat dinaikkan kepada RM3 susulan kenaikan harga input perladangan dan sebagainya. - Fail/Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Cadangan naikkan harga lantai getah RM3 akan dibawa ke MoF - Fadillah
Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan bagi menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 sekilogram berbanding RM2.70.

Harga lantai getah perlu dibincang semula selepas PRU15 - Mahdzir
Perkara itu perlu diteliti bagi melihat implikasi kewangan yang bakal ditanggung kerajaan sekiranya harga lantai ditetapkan kelak.