SHAH ALAM: Paparan gambar dan video yang tular tentang sepasukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melaksanakan tugas bersama satu objek berbentuk tiang hitam merupakan kamera yang sedang di peringkat ujian kesesuaian dan ketepatan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha berkata, kamera itu dicadang bagi menggantikan beberapa unit kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) sedia ada yang telah lama atau rosak.
"Ia masih di peringkat ujian kesesuaian dan ketetapan data yang dicerap.
"Ini bukan suatu perkara yang luar biasa. Mana-mana aset yang telah lama atau rosak perlu dibaiki atau diganti dengan yang baharu. Ia penting supaya kadar kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan melalui pematuhan kepada had laju," jelasnya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Pada Jumaat, tular di aplikasi media sosial X dan WhatsApp memaparkan beberapa gambar 'tiang' terbabit.
Pada 6 Jun lalu, kerajaan bercadang untuk menambah kamera AWAS atau yang dahulunya dikenali sebagai Automated Enforcement System (AES) mengikut keperluan dalam jangka masa panjang.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, hal ini kerana kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati, tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99 peratus.
Hasbi juga menekankan penguatkuasaan kamera AWAS bukan bertujuan memerangkap pengguna jalan raya sebaliknya, langkah itu bagi memastikan semua pengguna mematuhi peraturan jalan raya terutamanya di kawasan-kawasan titik hitam yang merupakan lokasi kerap berlakunya kemalangan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 16 2023

Gambar yang tular di media sosial memaparkan sepasukan anggota JPJ sedang menguji kesesuaian dan ketepatan kamera baharu. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Permit masuk warga asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tahan sakit lebih 3 jam kepala tertusuk besi
Mangsa dalam keadaan sedar dan stabil, tetapi masih memerlukan pembedahan susulan untuk mengeluarkan baki batang besi.

Amerika Syarikat lancar misi ke ISS, bawa pulang dua angkasawan
Kapal angkasa itu berlepas menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 7.03 malam waktu Timur, menurut siaran langsung NASA.

Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal lonjakkan ekonomi, pelancongan
Projek itu akan dibangunkan di Victoria Harbour Beach, tapak pasar basah lama di pusat bandar Labuan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu.

Lelaki maut digilis lori, dilanggar beberapa kenderaan ketika hujan lebat
Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.

Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di Bangkok
Pasukan penyelamat segera dikerahkan untuk menyelamatkan mangsa, termasuk yang terperangkap di atas kren.
DBKL banteras penjaja air balang 'Rambo' tanpa lesen, abai kebersihan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja air balang tanpa lesen di sekitar Jalan Raja. DBKL mendapati penjaja sering bertukar lokasi perniagaan bagi mengelak dikesan oleh penguat kuasa.
Grid bekalan elektrik Cuba lumpuh, seluruh negara bergelap
Rangkaian elektrik nasional Cuba mengalami kerosakan besar pada lewat Jumaat, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang meluas di ibu negara Havana serta di seluruh negara pulau itu.

Anna Jobling tak sabar bintangi filem baharu, hadiah istimewa selepas GMWA 2024
Anna Jobling berkata dia langsung tidak menyangka akan menerima tawaran berlakon filem selepas meraih kemenangan besar di anugerah berprestij itu.

Kemalangan jalan raya: Kerajaan cadang tambah kamera AWAS
MoT dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk memasang kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lokasi yang mempunyai kadar kemalangan tinggi.

'Cadangan ganti kamera AWAS masih di peringkat ujian' - KP JPJ
Kamera itu dicadang bagi menggantikan beberapa unit kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik sedia ada yang telah lama atau rosak.