KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Isnin diberitahu bahawa cadangan Felcra untuk melabur RM50 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad, dibuat tanpa pengetahuan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Datuk Ramlee Abu Bakar kerana wujud 'perang dingin' dalam agensi berkenaan (Felcra).
Bekas Pengurus Besar Kumpulan Kewangan (CFO) Mohd Azmy Abu Samah, 54, berkata beliau tidak memaklumkan mengenai cadangan pelaburan itu, selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) Datuk Zulkarnain Md Eusope.
"Apabila saya berbincang dengan CIO (Zulkarnain) saya katakan perkara ini, (cadangan pelaburan) perlu dibawa kepada Majlis Pengurusan Tertinggi (MPT) tetapi Zulkarnain berkata jika melalui CEO (Datuk Ramlee), beliau tidak akan proses kerana kononnya ia daripada Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang ketika itu pengerusi Felcra.
"Datuk Zulkarnain masuk setahun awal daripada saya, jadi beliau lagi arif dengan 'budaya' di Felcra. Beliau nasihatkan saya mengenai 'cold war' antara 'old team' dan 'new team'. Saya masih baru, ada kemungkinan hubungan pengerusi (Bung Moktar) dan CEO (Ramlee) kurang menarik," katanya.
Saksi pendakwaan ke-26 itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria, pada perbicaraan kes rasuah membabitkan Bung Moktar dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Menyentuh mengenai adakah perkara ini dimaklumkan kepada CEO yang ketika itu ialah Ramlee, Mohd Azmy berkata beliau tidak memaklumkannya tetapi mungkin Pengurus Kanan Kawalan Kredit Felcra Azriman Ridouan, yang memberitahu perkara tersebut kepada Ramlee.
Menurut Mohd Azmy, pelaburan berkaitan pertanian atau perniagaan utama akan dibawa ke MPT tetapi pelaburan RM50 juta tidak dibawa ke MPT, kerana CEO tidak arif dalam bidang berkenaan (pelaburan).
Mohd Azmy berkata beliau mendengar nasihat Zulkarnain walaupun sama pangkat dengannya, kerana beliau mendapat tahu bahawa cadangan pelaburan sebelum ini dimasukkan ke dalam 'cold storage' apabila ia diserahkan kepada Ramlee.
Disoal Mohd Sophian adakah cadangan pelaburan itu dimaklumkan kepada Ramlee, saksi itu menjawab, "Saya tidak maklumkan cadangan pelaburan itu kepada Ramlee, namun saya tidak pasti Azriman ada memaklumkan mengenai perkara itu."
Sementara itu, Mohd Azmy memberitahu mahkamah bahawa Bung Moktar ada memintanya untuk melihat sama ada ada Felcra boleh membuat pelaburan berkenaan, sebulan selepas perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar, datang ke pejabatnya dan membuat pembentangan mengenai pelaburan tersebut.
"Selepas pertemuan dengan Norhaili di pejabat, Datuk Bung ada tanya dia (Norhaili) ada datang atau tidak. Saya beritahu dia ada datang dan buat pembentangan (mengenai produk unit amanah). Saya beritahu setakat ini saya tidak boleh buat apa-apa, kerana pada waktu itu tengah sibuk dengan praaudit dan belanjawan untuk tahun depan.
"Selepas itu, Datuk Bung beritahu saya, tengok-tengokkanlah kalau boleh..," katanya yang turut memaklumkan Bung Moktar telah memperkenalkan Norhaili kepadanya ketika beliau hadir pada majlis jamuan hari raya di rumah Ahli Parlimen Kinabatangan itu.
Disoal Mohd Sophian apakah tindakan lanjut Mohd Azmy selepas menerima arahan daripada Bung Moktar supaya 'tengok-tengok' (pelaburan unit amanah Public Mutual) itu, Mohd Azmy berkata beliau terus meminta Azriman supaya membuat kajian berhubung pelaburan unit amanah, serta melihat keadaan pasaran unit amanah, situasi bursa dan perbandingan dengan syarikat-syarikat lain.
"Hasil analisis tersebut mendapati keadaan pasaran pada ketika itu telah jatuh, dan ini adalah masa terbaik untuk membuat pelaburan dalam unit amanah," katanya.
Saksi itu berkata beliau kemudian mengambil pendekatan untuk melihat kedudukan kewangan Felcra, setelah dimaklumkan oleh Azriman bahawa ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid, ada bertanyakan sama ada Felcra berminat untuk membuat pelaburan dalam unit amanah.
"Saya meminta Azriman dan Mariah Husain (pengurus besar kewangan Felcra) untuk membuat simulasi, dan menyediakan kertas kerja cadangan untuk pelaburan unit amanah itu," katanya.
Prosiding bersambung hari ini.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 64, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab serupa dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette, 44, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022
![Cadangan Felcra labur RM50 juta tidak dimaklum kepada CEO kerana wujud 'perang dingin' - Saksi Cadangan Felcra labur RM50 juta tidak dimaklum kepada CEO kerana wujud 'perang dingin' - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648504447_BungMoktarRadin.jpg)
Bung Moktar bersama isterinya Zizie Izzete ketika hadir bagi sambung bicara kes tuduhan rasuah berhubung pelaburan unit amanah public mutual di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, 28 Mac 2022. --fotoBERNAMA
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711640757_AhmadJazlanYaakub.jpg)
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
![FELCRA sasar tiga juta ayam pedaging setahun FELCRA sasar tiga juta ayam pedaging setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706874931_TBFELCRA.jpg)
FELCRA sasar tiga juta ayam pedaging setahun
FELCRA sasar gandaan pengeluaran sebanyak tiga juta ayam pedaging setahun selepas projek kompleks di Tanjung Seratus, Pahang yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.
![KKDW peruntuk RM12.8 juta bagi program pembangunan dan usahawan KKDW peruntuk RM12.8 juta bagi program pembangunan dan usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687597923_TBSentuhanKasihDesa.jpg)
KKDW peruntuk RM12.8 juta bagi program pembangunan dan usahawan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM12.8 juta membabitkan 5,757 penerima untuk program pembangunan dan usahawan di negeri ini.
![5G: Kerajaan pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir - Ahmad Zahid 5G: Kerajaan pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683365488_RumahTerbuka.jpg)
5G: Kerajaan pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata masyarakat luar bandar wajib diberikan kesamarataan dalam mendapat liputan 5G biarpun ketika ini pemasangan 5G mencapai 64 peratus di kawasan berpenduduk tinggi.
![FELCRA Berhad dapat kebenaran bawa masuk 5,000 pekerja asing FELCRA Berhad dapat kebenaran bawa masuk 5,000 pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81592929555_FELCRA.jpg)
FELCRA Berhad dapat kebenaran bawa masuk 5,000 pekerja asing
FELCRA Berhad telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membawa masuk kira-kira 5,000 pekerja asing bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja di ladang sawit dan getah miliknya.
![KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664661816_TBMAHDZIRHALID.jpg)
KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta
Proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
![FELCRA kenal pasti hampir 1,500 peneroka bagi tanam semula kelapa sawit FELCRA kenal pasti hampir 1,500 peneroka bagi tanam semula kelapa sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661516454_JazlanYaakub.jpg)
FELCRA kenal pasti hampir 1,500 peneroka bagi tanam semula kelapa sawit
FELCRA Berhad telah mengenal pasti hampir 1,500 peneroka di seluruh negara bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit untuk pusingan kedua setelah tanaman itu menjangkau usia 25 hingga 30 tahun.
![Lembaga Pengarah Felcra sedar pelaburan RM150 Juta dalam unit amanah berisiko - Saksi Lembaga Pengarah Felcra sedar pelaburan RM150 Juta dalam unit amanah berisiko - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649421169_TBBUNGRASUAH.jpg)
Lembaga Pengarah Felcra sedar pelaburan RM150 Juta dalam unit amanah berisiko - Saksi
Saksi itu berkat, dia memohon cadangan pelaburan itu dipertimbangkan sewaktu membentangkannya pada mesyuarat lembaga pengarah.
![FELCRA Wilayah Sarawak terus perkasa Program Ameniti Sosial FELCRA Wilayah Sarawak terus perkasa Program Ameniti Sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634976580_MAHDZIRFELCRA.jpg)
FELCRA Wilayah Sarawak terus perkasa Program Ameniti Sosial
RM1 juta dibelanjakan FELCRA bagi membantu keperluan Ameniti Sosial termasuk menaiktaraf infrastruktur di kawasan perkampungan peserta-peserta FELCRA terutama di luar bandar Sarawak.
![Belanjawan 2020: RM810 juta untuk kebajikan masyarakat FELDA Belanjawan 2020: RM810 juta untuk kebajikan masyarakat FELDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61570785879_Felda.jpg)
Belanjawan 2020: RM810 juta untuk kebajikan masyarakat FELDA
Kerajaan umum peruntukan RM810 juta untuk kebajikan masyarakat FELDA