Cadangan kerajaan Pulau Pinang untuk melaksanakan projek kereta kabel dikenali sebagai Penang Sky Cab tidak dipersetujui Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang (LPPP) kerana dikhuatiri akan menjejaskan operasi pelabuhan itu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkara itu diputuskan LPPP selepas pihak kerajaan negeri memohon pandangan daripada lembaga berkenaan mengenai cadangan itu.
"Kita telah maklumkan bahawa kita tidak bersetuju (kepada kerajaan negeri) kerana jajaran (laluan Sky Cab) yang dicadangkan akan menjejas perjalanan atau pelabuhan kapal di sekitar laut berdekatan pelabuhan.
"Kita nyatakan pendirian kita kalau nak teruskan projek itu, kena beri syarat-syarat tertentu di mana kena penuhi syarat-syarat ditetapkan Jabatan Laut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Pulau Pinang di sini, hari ini.
Sky Cab merupakan salah satu projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), selain pembinaan terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer dan tiga lebuh raya ekspres yang keseluruhannya melibatkan kos RM27 bilion.
Sementara itu mengenai pembinaan terowong dasar laut, Liow berkata pihaknya masih belum menerima apa-apa laporan berhubung perkara berkenaan.
"Memang Kerajaan Persekutuan minat nak tahu apa yang (kerajaan negeri) nak buat, sama ada terowong itu akan menjejas pelabuhan dan dasar laut.
“Kita tidak ada maklumat langsung berhubung cadangan membina terowong itu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Liow memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan melalui LPPP akan memastikan perkhidmatan feri akan terus dimantapkan demi kepuasan penumpang.
Bernama
Mon May 30 2016
![Cadangan bina Sky Cab tidak dipersetujui Lembaga Pelabuhan P.Pinang - Liow Cadangan bina Sky Cab tidak dipersetujui Lembaga Pelabuhan P.Pinang - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71464360796_950x600.jpg)
LIOW: Memang Kerajaan Persekutuan minta nak tahu apa yang (kerajaan negeri) nak buat, sama ada terowong itu akan menjejas pelabuhan dan dasar laut. - Filepic
Tumpuan Rabu – 17 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Cadangan bina Sky Cab tidak dipersetujui Lembaga Pelabuhan P.Pinang - Liow Cadangan bina Sky Cab tidak dipersetujui Lembaga Pelabuhan P.Pinang - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71464360796_950x600.jpg)
Cadangan bina Sky Cab tidak dipersetujui Lembaga Pelabuhan P.Pinang - Liow
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkara itu diputuskan LPPP selepas pihak kerajaan negeri memohon pandangand aripada lembaga berkenaan mengenai cadangan itu.