Syarikat atau penyedia platform media sosial dilihat bertanggungjawab dalam memastikan nilai dan kualiti kandungan yang disiarkan bebas unsur negatif.
Ia termasuk menyekat penyebaran kandungan yang berunsur prejudis terhadap kaum, agama, jantina, seksual atau keganasan.
Penganalisis politik dan media sosial, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam, Prof Madya Dr C. Sara berkata tindakan syarikat media sosial pada ketika ini masih tidak memadai dalam mengekang kandungan berunsur negatif.
"Saya setuju bahawa sesetengah penyedia platform media sosial memainkan peranan dalam memastikan keselamatan pengguna seperti menghubungkan informasi termasuk menggodam akaun pengguna.
"Namun, ia tidak memadai dalam menangani atau menapis kandungan berbahaya atau keganasan yang mana mereka perlu mencari algoritma dalam mengekang tindakan sebegitu.
"Jadi syarikat media sosial perlu mencari algoritma alternatif untuk mengekang kandungan sebegitu. Selain syarikat media sosial, kerajaan poersekutuan dan negeri perlu memainkan peranan penting dalam mengawal keselamatan siber," katanya kepada Astro AWANI.
Menerusi kaji selidik yang dilakukan syarikat kajian pasaran dalam talian, Vase.ai dengan kerjasama Astro AWANI terhadap 1,080 responden, sejumlah 82 peratus menyifatkan ia merupakan tanggungjawab syarikat media sosial.
Malah, 92 peratus responden menyatakan menjadi tanggungjawab syarikat media sosial untuk memastikan kandungan yang disiarkan selamat buat pengguna.
Mengulas lanjut, Sara berkata syarikat media sosial gagal meramal penggunaan media sosial seperti apa yang terjadi dalam serangan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu.
"Seiring kemajuan teknologi, bebanan yang ditanggung oleh syarikat media sosial semakin banyak terutama pada masa akan datang. Tidak kira apa platform media sosial, syarikat media sosial gagal mengandaikan bahawa ia boleh digunakan dalam mengancam keselamatan orang ramai.
"Jadi peranan dan cabaran syarikat media sosial kini menjadi tanda tanya, Adakah mereka mampu untuk menangani cabaran-baran semasa seiring kemajuan teknologi.
"Ini adalah sesuatu yang syarikat media sosial perlu fikirkan," tegasnya lagi.
Berdasarkan kajian yang dibuat pasca serangan di Christchurch, 71 peratus bersamaan 629 responden menyifatkan syarikat atau penyedia platform media sosial telah melakukan sesuatu, namun ia tidak memadai.
Hanya 20 peratus atau 177 responden mengatakan ia memadai, dengan 83 responden bersamaan 9 peratus mengatakan tindakan mereka amat sedikit dalam mengekang kandungan berunsur prejudis terhadap perkauman, agama, jantina, seksual dan keganasan.
Selain itu, majoriti responden iaitu 692 individu atau 70 peratus mengatakan tindakan syarikat atau penyedia media sosial dalam memastikan kandungan selamat buat pengguna, juga tidak memadai.
Sementara 205 responden atau 21 peratus mengatakan ia memadai manakala 10 peratus atau 95 responden mengatakan tindakan syarikat media sosial amat sedikit dalam memastikan kandungan yang terdapat di platform mereka selamat buat pengguna.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Mar 31 2019
Syarikat media sosial gagal meramal penggunaan media sosial seperti apa yang terjadi dalam serangan di dua masjid di Christchurch. - Foto ihsan Aiman Amerul Muner
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
AWANI Ringkas: Tiada syarat baharu warga emas perbaharui lesen - JPJ
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Memahami 100 hari kepimpinan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar: Reformasi perkhidmatan awam
Pada Ogos 2024, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai KSN, sekali gus memikul amanah besar untuk mengemudi reformasi menyeluruh dalam perkhidmatan awam.
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.
Pengganas Christchurch, New Zealand kemuka rayuan sabitan, hukuman
Pengganas yang menyerang jemaah di dua masjid Christchurch, New Zealand pada 2019 telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara seumur hidup.
Pasangan pengantin parah dalam nahas helikopter
Sebahagian daripada tetamu perkahwinan adalah individu yang terperangkap dalam serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac 2019.
Filem berkaitan tragedi Christchurch dibantah komuniti Islam
Umat Islam di New Zealand membantah rancangan untuk menerbitkan filem berkaitan tragedi tembakan masjid di Christchurch pada tahun 2019.
Dua tahun serangan tembakan di masjid Christchruch, mangsa terus diingati
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut menyertai ratusan penduduk yang berkumpul di Christchurch Arena
18 nelayan diterbangkan dari Moscow ke N. Zealand, disahkan positif COVID-19
Menurut pihak berkuasa, seramai 235 nelayan dari Rusia dan Ukraine berada dalam peasawat yang disewa tiga syarikat perikanan.
Keluarga mangsa Christchurch sambut baik keputusan mahkamah
Mereka yang memegang sepanduk berbentuk hati dan kata-kata semangat seperti 'kami sentiasa bersama anda' bersorak sambil melambaikan tangan di perkarangan mahkamah sebaik keputusan diumumkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 27 Ogos 2020.
Penembak serangan Christchurch dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Brenton Tarrant bakal menjalankan hukuman penjara seumur hidup, iaitu yang pertama kali dijatuhi di New Zealand.
Serangan Christchurch: Suspek bercadang bakar masjid selepas serangan
Tarrant, mengaku bersalah atas 51 tuduhan membunuh, 40 tuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan melakukan keganasan.