UMAT Islam di New Zealand membantah rancangan untuk menerbitkan filem berkaitan tragedi tembakan masjid di Christchurch pada tahun 2019 yang mengorbankan 51 mangsa.
Mereka berkata, serangan itu masih dianggap baharu dan keluarga serta komuniti masih bersedih dengan tragedi berkenaan.
Filem yang berjudul 'They Are Us', akan memfokuskan kepada tindak balas Perdana Menteri Jacinda Ardern terhadap serangan ke atas dua masjid oleh lelaki berkulit putih pada 15 Mac 2019.
Tajuknya diambil daripada kata-kata Ardern pada hari itu di mana kenyataan pemimpin berusia 40 tahun itu menyatukan negaranya dan dipuji di seluruh dunia.
Persatuan Muslim Canterbury berkata, masih banyak isu sensitif susulan tragedi tersebut.
Jelasnya walaupun tindak balas Ardern dalam perkara itu sangat pantas dan baik namun filem berkenaan diterbitkan pada waktu yang masih kurang sesuai.
Pejabat Ardern menyatakan kerajaan tidak terlibat dengan filem berkenaan.
Pelakon Australia, Rose Byrne akan memainkan watak Ardern dalam filem tersebut manakala Andrew Niccol sebagai penulis dan pengarah.
Astro Awani
Sat Jun 12 2021

Persatuan Muslim Canterbury berkata, masih banyak isu sensitif susulan tragedi tersebut. - Foto fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.

Pengganas Christchurch, New Zealand kemuka rayuan sabitan, hukuman
Pengganas yang menyerang jemaah di dua masjid Christchurch, New Zealand pada 2019 telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara seumur hidup.

Pasangan pengantin parah dalam nahas helikopter
Sebahagian daripada tetamu perkahwinan adalah individu yang terperangkap dalam serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac 2019.

Filem berkaitan tragedi Christchurch dibantah komuniti Islam
Umat Islam di New Zealand membantah rancangan untuk menerbitkan filem berkaitan tragedi tembakan masjid di Christchurch pada tahun 2019.

Dua tahun serangan tembakan di masjid Christchruch, mangsa terus diingati
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut menyertai ratusan penduduk yang berkumpul di Christchurch Arena

18 nelayan diterbangkan dari Moscow ke N. Zealand, disahkan positif COVID-19
Menurut pihak berkuasa, seramai 235 nelayan dari Rusia dan Ukraine berada dalam peasawat yang disewa tiga syarikat perikanan.

Keluarga mangsa Christchurch sambut baik keputusan mahkamah
Mereka yang memegang sepanduk berbentuk hati dan kata-kata semangat seperti 'kami sentiasa bersama anda' bersorak sambil melambaikan tangan di perkarangan mahkamah sebaik keputusan diumumkan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 27 Ogos 2020.

Penembak serangan Christchurch dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Brenton Tarrant bakal menjalankan hukuman penjara seumur hidup, iaitu yang pertama kali dijatuhi di New Zealand.

Serangan Christchurch: Suspek bercadang bakar masjid selepas serangan
Tarrant, mengaku bersalah atas 51 tuduhan membunuh, 40 tuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan melakukan keganasan.