SHAH ALAM: Aliran tunai domestik bakal berdepan cabaran getir tahun depan, namun dijangka tidak seteruk situasi ketika pandemik COVID-19 pada 2020.
Penganalisis Ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, tiga sentimen akan mempengaruhi prestasi ekonomi dalam negara iaitu pasaran, keyakinan dan persepsi pengguna.
“Ia akan beri kesan sekiranya pengguna membuat keputusan berjimat dan mengetatkan perbelanjaan. Negara bergantung kepada penggunaan isi rumah bagi menjana pertumbuhan jangka pendek.
“Tentunya kita melihat negara tidak akan mengalami krisis sehingga menutup ekonomi, kerana masih ada harapan untuk ‘bernafas’ jika terus dibuka.
“Tetapi cabaran yang lebih besar tetap ada,” katanya kepada Sinar Ahad.
Terdahulu, Sinar Harian pada Rabu melaporkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjangkakan ekonomi Malaysia terus sederhana dalam tempoh terdekat berdasarkan data pada Julai dan Ogos.
Menurut data DOSM, ekonomi negara menunjukkan pertumbuhan sederhana dengan perkembangan 4.2 peratus pada separuh pertama 2023.
Barjoyai menjelaskan, margin untung atau kos operasi adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian untuk mempertahankan kemajuan perniagaan.
Menurutnya, perkara yang akan membunuh perniagaan adalah kos operasi sekiranya perbelanjaan digunakan melebihi had setiap bulan.
“Untuk memastikan situasi ini tidak berlaku, peniaga perlu memastikan perniagaan yang dijalankan adalah berdaya maju dan mampan seperti industri keselamatan makanan kerana potensi dan margin untungnya adalah besar.
“Jika mahu memulakan perniagaan, mereka perlu menyelidik dan memastikan kos operasi rendah.
“Misalnya, menjalankan perniagaan dalam talian dalam kalangan peniaga tempatan,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 30 2023
BARJOYAI: Kita melihat negara tidak akan mengalami krisis sehingga menutup ekonomi, kerana masih ada harapan untuk 'bernafas' jika terus dibuka, tetapi cabaran yang lebih besar tetap ada. - Gambar fail
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Lelaki warga Amerika Syarikat yang dikehendaki ditahan di Indonesia
lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "TJC" dan berusia 43 tahun dilapor tiba di Jakarta dari Malaysia pada 4 Disember tahun lalu.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang, sekaligus memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam.
Malaysia anjur dialog hak asasi manusia, alam sekitar
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu dirawat di PPUM.
Harga baharu diesel mampu lonjak pertumbuhan KDNK, BUDI MADANI kurangkan beban rakyat
Barjoyai berkata, ia berdasarkan kadar penggunaan bahan api itu di Malaysia yang mencatatkan peningkatan 10.8 bilion liter pada tahun lalu.
Manfaatkan konsep wakaf sebagai sistem perlindungan pada usia persaraan - Penganalisis
Konsep wakaf boleh diteliti sebagai gantian kepada skim pencen dalam usaha untuk mengurangkan beban kewangan negara.
Wujudkan institusi khas kendali subsidi pindahan tunai- Pakar
Kerajaan perlu mewujudkan satu institusi khas sekiranya mahu mengaplikasi kaedah pemberian subsidi kepada rakyat menerusi pindahan tunai.
Cabaran getir ekonomi domestik tidak seteruk 2020
Katanya, tiga sentimen akan mempengaruhi prestasi ekonomi dalam negara iaitu pasaran, keyakinan dan persepsi pengguna.
Tumpuan kepada industri keselamatan makanan kurang menonjol - Prof Barjoyai
Katanya, kerajaan perlu bertindak mengindustrikan sektor pertanian kecil-kecilan untuk membawa masuk lebih banyak pelaburan.
Dwirangkaian 5G disifatkan penyelesaian menang-menang - Penganalisis
Langkah 'memecah' rangkaian tunggal pelaksanaan 5G itu akan membolehkan pemain industri menerokai lebihan 20 peratus liputan.
Tiba masa beralih dari pertumbuhan ekonomi kepada kebahagiaan isi rumah - Barjoyai
Menurut penganalisis ekonomi ini, kebahagiaan dan kesejahteraan tidak dinilai pada kederasan pertumbuhan negara.
Pendapatan syarikat harus diagih lebih bermaruah kepada pekerja - Penganalisis
Majikan di Malaysia hanya agih sekitar 35 peratus keuntungan syarikat kepada pekerja, sementara negara maju kadarnya hingga 60 peratus.
Pengurangan subsidi: Jika tidak hati-hati, inflasi mungkin meningkat ke 11 peratus - Penganalisis Ekonomi
Antara langkah terbaik adalah selaraskan semula pemberian subsidi bagi barangan tertentu, dan pastikan ia benar-benar pergi ke golongan bersasar.
Kapasiti besar hospital kerajaan boleh dimanfaat, tambahan pendapatan - Barjoyai
Wujudkan kelas perkhidmatan pertengahan yang keuntungan daripadanya dapat disalurkan untuk tingkatkan mutu perkhidmatan percuma.