KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta untuk berhati-hati dalam langkah pengurangan jumlah subsidi yang dibelanjakan, kerana ia dikhuatiri akan mengakibatkan kesan terhadap kadar inflasi secara mendadak, kata Penganalisis Ekonomi, Prof Barjoyai Bardai.
Beliau berkata, sekiranya tindakan itu dilakukan, berkemungkinan besar ia akan meningkatkan kadar inflasi sehingga 11 peratus, berbanding 3 peratus pada masa kini.
Barjoyai berkata, antara langkah terbaik yang boleh difikirkan ialah menyelaraskan semula pemberian subsidi bagi barangan tertentu, dan pastikan ia benar-benar pergi ke golongan bersasar.
“Kalau dikurangkan, kita akan lihat kadar inflasi kita meningkat terus sehingga lebih kurang 11 peratus, daripada kurang daripada tiga peratus pada masa sekarang. Ini akan menurunkan pendapatan benar semua pekerja, dan akan menyebabkan kesan yang semakin serius.
“Jadi kita mungkin tangguhkan dulu tentang (pengurangan) subsidi barangan, tapi boleh fikirkan tentang bagaimana selaraskan semula subsidi minyak misalnya, bagaimana kita belanjakan RM35 bilion untuk petrol dan diesel, kalau boleh sasarkan kepada kumpulan memerlukan, supaya tidak akan jejaskan inflasi,” katanya kepada Astro AWANI.
Barjoyai berkata, pemberian subsidi harus diteruskan untuk barangan seperti minyak masak, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan, supaya ia terus bertindak sebagai pelindung kepada kesan inflasi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal hari ini memberi tempoh dua minggu untuk kementerian berkaitan menyiapkan kertas kerja berhubung pelbagai isu berkaitan subsidi untuk rakyat.
Menurutnya, kesan subsidi kepada rakyat perlu diperhalusi dan menurut beliau, ia perlu diberikan secara bersasar kerana subsidi diberikan sekarang turut dinikmati golongan kaya dan industri.
Bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) 2022 di sini pada Ahad, Anwar memberi jaminan subsidi masih akan diberikan kepada rakyat namun beliau mahu ia lebih bersasar.
Dalam pada itu Barjoyai berkata, beliau melihat banyak pendebatan dan perbincangan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) perlu dikembalikan, sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan kerajaan.
Katanya lagi, beliau lebih cenderung untuk melihat usaha kerajaan menyelaraskan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) supaya ia menghampiri bentuk GST.
Bagi meningkatkan pendapatan kerajaan, Barjoyai berkata, langkah mewujudkan skim nombor pengenalan dan e-invois seperti dalam Bajet 2023 membolehkan aktiviti pembayaran cukai yang lebih berkesan.
Firdaus Azil
Sun Nov 27 2022
Antara langkah terbaik adalah selaraskan semula pemberian subsidi bagi barangan tertentu, dan pastikan ia benar-benar pergi ke golongan bersasar. - Gambar fail
AWANI Pagi: Kenali Melayu Cocos
Sebut sahaja Melayu Cocos mungkin ramai yang membayangkan Pulau Krismas dan Kepulauan Cocos (Keeling), Australia, lokasi di mana sebahagian besar komuniti ini berada.
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Angka korban Taufan Helene melebihi 200 di Amerika Syarikat
Sekurang-kurangnya 204 orang disahkan maut di enam negeri akibat Taufan Helene sejak ia melanda Florida seminggu lalu.
4 rakyat Malaysia di Lubnan selamat tiba di KLIA, seorang lagi petang ini - Wisma Putra
Wisma Putra sedang berusaha untuk memastikan baki 16 rakyat Malaysia bersama keluarga mereka dapat dipindahkan dengan selamat.
Pasukan pengaman PBB di Lubnan teruskan misi, bersiap sedia untuk pelbagai senario
Pasukan UNIFIL berasa bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan kepada mereka oleh Majlis Keselamatan.
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
KRI: Bagaimana pandemik COVID-19 mengubah perbelanjaan dompet rakyat Malaysia?
Analisis ini meneroka perubahan ketara dalam pola perbelanjaan isi rumah selepas pandemik. Walaupun pertumbuhan pendapatan adalah perlahan, isi rumah telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam perbelanjaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bersama Felo Kehormat, Institut Masa Depan MalaysiaDatuk Dr Madeline Berma membincangkan lebih mendalam tentang landskap kewangan yang semakin berubah dan ketidaksamaan yang wujud di antara pelbagai kumpulan pendapatan.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Asas ekonomi kukuh, petunjuk pertumbuhan mampan
Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim mengupas berkenaan situasi ekonomi negara ketika ini, termasuk pengukuhan ringgit serta faktor yang bakal mempengaruhi pertumbuhan pada masa akan datang.
Data & Statistik KRI: Perubahan perbelanjaan isi rumah di Malaysia (2019 - 2022)
Pola perbelanjaan isi rumah berubah ketara selepas pandemik, berdasarkan kajian Khazanah Research Institute. Dapatan ini memberikan gambaran mengenai ketidaksamaan kewangan antara kumpulan pendapatan.
AWANI Ringkas: Fatwa GISBH di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nilai kerajaan bukan hanya berasaskan kenaikan harga barang - Dr Hilmi Yahaya
Langkah yang diambil oleh kerajaan termasuk pengurangan subsidi secara berperingkat akan diguna antaranya untuk pembangunan sektor kesihatan.
Pengusaha pengangkutan awam akan dibantu - Hishammuddin
Perkara itu akan dilakukan menerusi pertemuan yang diadakan antara kementerian dan pengendali syarikat bas di negara ini.