PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah menjalankan pemeriksaan tujuan khas (SPI) di 19 lapangan terbang domestik dan antarabangsa di seluruh negara bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Kementerian Pengangkutan (MoT) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pemeriksaan itu tertumpu kepada kemudahan aerodrom yang kritikal termasuk landasan, laluan pesawat, apron dan penunjuk arah angin bagi memastikan ia mematuhi piawaian yang telah digariskan dalam dokumen Arahan Penerbangan Awam (CAD) 14 Jilid 1: Reka Bentuk dan Operasi Aerodrom.
"MoT melalui CAAM telah mengambil tindakan segera dan langkah proaktif untuk memastikan keselamatan dan pematuhan aerodrom di Malaysia susulan kemalangan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda di Tokyo, Jepun pada Januari lepas," menurut kenyataan itu.
Menurut MoT CAAM telah menganjurkan satu bengkel pematuhan pada 26 Mac lepas, yang dihadiri oleh 66 wakil pengendali aerodrom di seluruh negara antaranya Malaysia Airports Holdings Berhad, Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd dan Tanjung Manis Development Sdn Bhd.
Kenyataan itu menyebut bengkel diadakan bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara CAAM sebagai badan kawal selia dengan pengendali aerodrom.
"Ia adalah komitmen bersama untuk mengekalkan piawaian keselamatan, kecekapan dan kemampanan tertinggi dalam industri penerbangan," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu turut menyatakan komitmen bersama-sama CAAM untuk memastikan semua aerodrom di Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Menurut MoT komitmen itu penting kerana ia bukan sahaja bagi memastikan keselamatan aerodrom di tahap tertinggi, malah satu bentuk persediaan bagi Malaysia untuk program audit ICAO di masa hadapan.
Menurut kenyataan itu usaha CAAM untuk memastikan pematuhan piawaian secara keseluruhan oleh semua pengendali aerodrom, mencerminkan tanggungjawab kolektif dalam mengekalkan tahap keselamatan dan integriti infrastruktur penerbangan di negara ini.
"MOT akan terus menyokong pelaksanaan pelbagai langkah bagi menunjukkan dedikasi pihak kementerian terhadap aspek keselamatan, kecekapan dan kemampanan pengangkutan udara di Malaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
![CAAM lakukan pemeriksaan tujuan khas di 19 lapangan terbang seluruh negara CAAM lakukan pemeriksaan tujuan khas di 19 lapangan terbang seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627103596_TheCivilAviationA.jpg)
CAAM telah menganjurkan satu bengkel pematuhan pada 26 Mac lepas, yang dihadiri oleh 66 wakil pengendali aerodrom di seluruh negara, bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara CAAM sebagai badan kawal selia dengan pengendali aerodrom.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (Pindaan) 2024 dibentang bacaan kali pertama RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (Pindaan) 2024 dibentang bacaan kali pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719227261_TBDATUKHASBIHABI.jpg)
RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (Pindaan) 2024 dibentang bacaan kali pertama
Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) (Pindaan) 2024 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari.
![MAVCOM dibubar, diserap ke dalam CAAM – Loke MAVCOM dibubar, diserap ke dalam CAAM – Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718262297_AnthonyLoke.jpg)
MAVCOM dibubar, diserap ke dalam CAAM – Loke
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan dibubar dan diserap masuk ke dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
![CAAM lanjut tempoh penggantungan sijil pengendali udara SAS sehingga 31 Julai CAAM lanjut tempoh penggantungan sijil pengendali udara SAS sehingga 31 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627103596_TheCivilAviationA.jpg)
CAAM lanjut tempoh penggantungan sijil pengendali udara SAS sehingga 31 Julai
Penggantungan sementara itu dilakukan mengikut peraturan 193(3), Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
![MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715838837_myjetxpress.jpg)
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
![CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714805434_pesawat.jpg)
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
![CAAM lakukan pemeriksaan tujuan khas di 19 lapangan terbang seluruh negara CAAM lakukan pemeriksaan tujuan khas di 19 lapangan terbang seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627103596_TheCivilAviationA.jpg)
CAAM lakukan pemeriksaan tujuan khas di 19 lapangan terbang seluruh negara
Pemeriksaan itu tertumpu kepada kemudahan aerodrom yang kritikal termasuk landasan, laluan pesawat, apron dan penunjuk arah angin.
![IATA alu-alukan caj PSC baharu, perkhidmatan perlu sepadan IATA alu-alukan caj PSC baharu, perkhidmatan perlu sepadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670227180_TBIATA.jpg)
IATA alu-alukan caj PSC baharu, perkhidmatan perlu sepadan
Goh berkata ketelusan diperlukan mengenai cara kos dapat diperoleh semula daripada pengguna lapangan terbang secara adil.
![CAAM gantung operasi empat model pesawat Blackshape berkuat kuasa hari ini CAAM gantung operasi empat model pesawat Blackshape berkuat kuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708081113_pesawatringan.jpg)
CAAM gantung operasi empat model pesawat Blackshape berkuat kuasa hari ini
CAAM gantung semua operasi penerbangan pesawat Blackshape model BS 115, BK 160, BK 60-200 dan BK 160TR dalam ruang udara Malaysia, berkuat kuasa hari ini.
![CAAM sahkan penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik CAAM sahkan penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701763379_MalaysiaAirlines.jpg)
CAAM sahkan penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik
Penerbangan MH2664 dilaporkan berlepas 2.45 petang sebelum berpatah balik ke KLIA.
![10 tahun berlalu, orang ramai masih salahkan saya kehilangan MH370 - Azharuddin 10 tahun berlalu, orang ramai masih salahkan saya kehilangan MH370 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709800005_AzharuddinAbdulRah.jpg)
"10 tahun berlalu, orang ramai masih salahkan saya kehilangan MH370" - Azharuddin
Azharuddin sifatkan kehilangan 239 penumpang dan anak kapal dalam tragedi MH370, sebagai kes paling mencabar yang pernah dikendalikannya.