KUANTAN: Seorang buruh warga Indonesia maut tertimbus tanah dalam kejadian di tapak projek pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) di Kampung Berembang, Kuala Lipis pada Isnin.
Dalam kejadian yang dilaporkan jam 11.15 pagi itu, mangsa, Khairul Anam, 28, berasal dari Jawa Timur, Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, siasatan mendapati, ketika kejadian, mangsa bersama tiga pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja mengorek longkang untuk sistem pembetungan.
Menurutnya, ketika jengkaut berhenti melakukan penggalian, mangsa yang baru lima bulan bekerja di tapak projek itu dipercayai turun ke dalam longkang untuk mengukur kedalaman.
"Ketika mangsa berada di dalam longkang sedalam 2.5 meter itu, secara tiba-tiba tanah tebing runtuh dan menimbus mangsa.
"Kejadian disedari tiga rakannya yang berada di lokasi lalu turun membantu mengeluarkan mangsa yang tertimbus sebelum mayat lelaki itu berjaya dikeluarkan 15 minit kemudian," katanya.
Azli berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk proses bedah siasat.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, susulan maklumat diterima, lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis ke lokasi untuk bantuan menyelamat.
Menurutnya, ketika tiba di lokasi, mayat mangsa telah dikeluarkan dengan bantuan rakan sekerja.
"Pihak bomba melakukan pemeriksaan di kawasan kejadian bagi memastikan lokasi itu selamat sebelum operasi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 11 2023

Mangsa tertimbus dalam kejadian di tapak projek pembinaan Lebuhraya CSR di Kampung Berembang, Kuala Lipis pada Isnin. - Foto Sinar Harian

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

Remaja lelaki maut tertimbus tanah ketika mendulang emas di Lipis
Semasa aktiviti mendulang mangsa ada menggali tanah dengan menggunakan tangan dan tanah di tempat mangsa menggali dikatakan telah menggelongsor ke atasnya menyebabkan dia tertimbus.

Buruh warga Indonesia maut tertimbus tanah di Lipis
Seorang buruh warga Indonesia maut tertimbus tanah dalam kejadian di tapak projek pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) di Kampung Berembang, Kuala Lipis.

Dua tertimbus, tanah runtuh di kaki Gunung Jerai
Kedua-dua mangsa berkemungkinan sedang melakukan aktiviti penggalian di sebuah kawasan tapak projek.

Dua pekerja warga asing maut tertimbus tanah
Dua lelaki warga Bangladesh maut selepas ditimbus tanah ketika melakukan kerja-kerja penanaman paip di sebuah projek perumahan di Mentakab di sini hari ini.

Pemuda maut tertimbus tanah waktu bina perigi
Seorang pemuda berusia 36 tahun maut tertimbus tanah dalam satu kejadian di Bukit Peraksi, di sini pagi tadi.